Category: Hiburan

(HIBURAN) Filem ” Minyak Dagu” Pembuka Tahun Baru 2013

LA Poster Minyak Dagu3

Bermula 3 Januari 2013 filem seram terbaru arahan Azhari Zain bakal menjengah di pawagam berhampiran anda. Filem Minyak Dagu menggandingkan pelakon sedang meningkat, Fezrul Khan bersama Yana Samsuddin selaku pasangan utama serta Fizo Omar. Barisan pelakon lain yang menjayakannya juga bukan calang-calang seperti Maimon Mutalib, Mior Hashim Manap, Kartina Aziz, Zul Suphian dan Wan Hanafi Su.

Read more →

(HIBURAN) BlackBerry Muzik Mania penutup tahun 2012

IMG_2463

 

BlackBerry Muzik Mania menjadi pesta penutup bagi tahun 2012. Konsert dan  karnival yang menghimpunkan barisan penghibur  termasuk Sheila On 7, Hujan, Bunkface, Kartel dan banyak lagi dibuat sempena menyambut  tahun 2013 .Konsert dan karnival ini dibawakan oleh  Tempus Communication telah berlangsung pada 31 Disember 2012 di Stadium Malawati, Shah Alam. Read more →

(HIBURAN) Rock The World 12 terbaik…..

MERE8167

KUALA LUMPUR, 29 DIS 2012: Konsert Rock The World 12 anjuran Fat Boys Record yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur telah berjaya menarik dan memukau ribuan anak muda yang mencintai muzik. Konsert yang bermula sekitar jam 10 pagi itu dianggap berjaya walaupun keadaan becak disekitar pentas dan ia tidak menjadi batu penghalang kepada peminat-peminat setia. Rock The World 12 kali ini mempersembahkan 45 artis melalui 3 buah pentas iaitu Pentas Utama, Pentas Noisy dan Pentas Pop Indie. Read more →

(HIBURAN) Majlis Pelancaran Single & MTV Karaoke Imran Ajmain “DiKalung Kasihan”

IMG_2178

 

Setelah lama menyepi, penyanyi yang berasal dari Singapura, Imran Ajmain telah melancarkan Single & MTV Karaoke terbaru iaitu “DiKalung Kasihan” di Red Box, The Gardens, Kuala Lumpur.  Penyanyi yang kini bernaung di bawah label baru iaitu FIPRO yang dimiliki oleh Dato Fazley Yaakob berganding bahu dengan syarikat rakaman tempatan iaitu Life Records. Read more →

(HIBURAN) Uchop Juara VOKAL Musim Ke 2

IMG_2395

26 Disember 2012 – Uchop (Mohmad Yusof Ahmad) telah menjuarai pertandingan VOKAL musim ke 2 dengan menewaskan seorang lagi peserta akhir iaitu Mar (Marlleynney Fane J.L Paul) sebentar tadi. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi. Pada pertandingan akhir ini, Uchop telah menyampaikan 5 buah lagu termasuk 1 lagu baru bertajuk “Jujurlah Padanya” ciptaan Yuzai.  Read more →