Tanggal bersejarah 11 November 2012 , Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di Dewan Merdeka PWTC. Turut hadir ialah Menteri Penerangan dan Komunikasi serta Kebudayaan Malaysia YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Hasrat penubuhan YA1M ialah mengembleng seluruh artis tidak kira bangsa , agama dan keturunan dalam industri hiburan ini ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan para artis. Yayasan ini dikemudi oleh barisan ahli jawatankuasa eksekutif yang diketuai oleh Datuk DJ Dave sebagai Presiden. Pada malam bersejarah ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan dana berjumlah RM 5 juta selama 2 tahun iaitu RM2 juta untuk tahun ini dan RM3 juta untuk tahun hadapan untuk yayasan ini. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) SHOUT Movement @Publika
Bertempat di Publika sedang berlangsungnya majlis SHOUT Movement bersempena dengan THE SHOUT AWARDS 2012 yang bakal berlangsung pada 23 November 2012 di SURF BEACH, Sunway Lagoon. SHOUT Movement merupakan jelajah promosi yang dilakukan bagi memberi peluang kepada peminat untuk mendekati dan merasai aura gilang gemilang majlis tersebut. Selain persembahan artis terdapat juga bengkel-bengkel yang menjurus kepada beberapa tema seperti Muzik, Filem dan TV, Fesyen dan Seni dan sebagainya. Antara jemputan penceramah antaranya ialah pengarah filem Bunohan, saudara Dain Said, pelakon Sharifah Amani dan Sofea Jane. Antara jemputan lain seperti Reza Shah (Muzik), Ben Law (Muzik), Linda Jasmine, Bone (Grafiti) , Kamarul Akhir (Fotografi) serta dihiburkan oleh artis-artis bebas antaranya Tasha Nanshahar dan lain – lain. Read more →
(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012
Berakhir sudah majlis gilang gemilang anugerah SKRIN 2012 ke-14 yang dianjurkan oleh pihak TV3 yang mengangkat tema Selami Dunia Fantasi Kami (Fairytale) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Berikut ialah senarai penuh pemenang bagi 25 kategori yang di’pertandingkan dalam Anugerah Skrin 2012. Read more →
(HIBURAN) Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia Teraju Utama ‘CINTA ITU MILIKKU’
Petaling Jaya, 5 November 2012 – ‘Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari’. Setiap apa yang berlaku pasti ada naik turunnya kerana jalan kehidupan seseorang itu penuh dengan liku dan ia kadang kala tidaklah seindah yang diimpikan. Itulah yang dialami oleh Rania seorang gadis yang lahir dalam sebuah keluarga elit dan berpengaruh. Walaupun mengecapi kemewahan yang diimpikan oleh setiap gadis di dunia ini namun Rania tidak dapat menikmati sebuah kebahagiaan. Apakah yang menghalang Rania untuk bahagia? Read more →





