Category: Hiburan

(HIBURAN) Drama “Kalau Bukan Aku” mengisi slot Azalea mulai 25 April 2013

Umar hanya mendapat kasih sayang dari Cik NomiGMO

Menyusuli “Duri Di Hati”, sebuah lagi drama berjudul “Kalau Bukan Aku” mengisi slot Azalea mulai 25 April 2013 yang lalu, dibintangi oleh Erry Putra, Syatilla Melvin, Azuan Mazlan, Ziela Jalil, Zaidi Omar, Mak Wan, Sura Sojangi, Zalfie dan ramai lagi. Drama siri 17 episod yang diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh Emi Suffian Abd Sabhe manakala skripnya ditulis oleh Rozie Rashid dan Hairani Indah. Read more →

(HIBURAN) Filem ’99 Kali Rindu’

FA 99 Kali Rinducropsmall

99 Kali Rindu menceritakan kisah lelaki bernama Attar yang baru kematian isterinya, Saidatul Nafisa. Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita – Fatin Qalbie dan Zazlena. Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar. Read more →

(HIBURAN) Konsert Gemilang Unversiti Utara Malaysia (UUM) 2013 pada 12 Mei 2013

IMG_0813Universiti Utara Malaysia  (UUM) dengan kerjasama Istana Budaya (IB) akan mengadakan Konsert Gemilang UUM 2013 bersempena hari pengasasan ke 29 UUM pada 12 Mei ini di Dewan Mu’adzam Shah, jam 8.30 malam. Konsert ini bakal dijayakan oleh gabungan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan pemuzik UUM di bawah pimpinan konduktor Yazid Zakaria. Read more →

(HIBURAN) Siri Jelajah Promosi Malaysia – JUDIKA

IMG_0712

KUALA LUMPUR : 27 April 2013 – Jika penonton yang mengikuti drama bersiri “ Cinta Jangan Pergi “ lakonan Tiq Zaqiyah dan Remy Ishak, pastinya lagu runut bunyi (OST) untuk drama ini iaitu “Setengah Mati Merindu” menjadi siulan di akhiran setiap episod malahan lagu “ Bukan Dia Tapi Aku “  juga pasti pernah didengari corong radio. Lagu “ Aku Yang Tersakiti ” pula telah dimuaturun sebanyak 250 ribu unit dan melayakkan penyanyi lagu ini menerima anugerah platinum berkembar. Read more →

(HIBURAN) Luluhnya Sebuah Ikrar

Luluhnya Sebuah Ikrar - lowrescropsmall

Drama terbaru terbitan Double Vision Sdn. Bhd iaitu Luluhnya Sebuah Ikrar bakal menghiasi malam Isnin dan Selasa anda mulai 6 Mei ini.  Luluhnya Sebuah Ikrar menceritakan mengenai Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat. Read more →