Category: Hiburan

(HIBURAN) Romantika ” Mencari Cinta ” satukan Rusdi Ramli dan Nora Danish

460682_247216758724788_498132887_ocropSMALL

Filem “Mencari Cinta”  lakonan Nora Danish dan Rusdi Ramli bakal ditayangkan pada 25 April 2013 di seluruh negara . Filem yang diarahkan oleh Shirin Haji Khuzaimi ini bergenre romantik percintaan dan dimasukkan sedikit elemen – elemen komedi. Antara barisan pelakon utama mencari cinta antaranya Rusdi Ramli, Nora Danish, Fauziah Gous, Riezman Khuzaimi  dan Connie Ahmad.
Read more →

(HIBURAN) KISAH CINTA TIDAK BERKESUDAHAN DALAM LOVE COMPULSORY 2 DI NTV7

image007

Dalam dunia global masa kini cara berkomunikasi adalah lebih mudah jika dibandingkan 10 tahun dahulu. Malah pasangan hidup juga boleh dicari menerusi alam siber. Atau sudah pasti ada sahabat karib anda yang sudi memperkenalkan teman baru kepada anda dengan harapan mungkin sebuah lagi hubungan cinta bakal tercipta. Namun jika menyertai agensi cari jodoh untuk mendapatkan pasangan bukankah kedengaran agak terdesak? Tetapi tidak bagi  Hao Jie (lakonan Leslie Chai) dan Gao Zi Man (lakonan Jan Chin) yang mengambil langkah drastik ini bagi mengakhiri zaman bujang mereka bersama perunding pakar cinta, Angel (Tiffany Leong)  yang memiliki agensi telangkai, Love Compulsory. Read more →

(HIBURAN) Keputusan Penuh ” Anugerah Bintang Popular Berita Harian ” 2012

533547_505410159503304_89716300_nShaheizy Sam meraih 79,656 undi mengetepikan Aaron Aziz, Zizan Razak, Neelofa, Adi Putra dan dinobatkan sebagai ” Bintang Paling Popular ” bagi edisi terbaru ABPBH 2012, peminat Sam bagai membalas dendam apabila berjaya mengembalikan semula trofi itu ke tangan pelakon kesayangan mereka setelah pada tahun lalu, Shaheizy Sam terpaksa merelakan trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 (ABPBH 2011) menjadi milik Aaron Aziz. Read more →

(HIBURAN) Layan Fest 2013

IMG_9752

Layan Fest 2013 merupakan mini festival hasil kerjasama Abuden Productions & KLpac. Festival yang dibuat di perkarangan KL Pac, Kuala Lumpur ini menghimpunkan ramai artis-artis bebas dari pelbagai genre industri hiburan tidak kira nyanyian, drama pentas, pemuzik-pemuzik bebas dan berorientasikan kekeluargaan. Objektif utama Festival Layan Fest 2013 adalah untuk menghimpunkan sebanyak mungkin dana bagi meneruskan aktiviti-aktiviti di  The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) ini disamping memperkenalkan KL Pac sebagai satu kawasan luahan rasa pengkarya bebas dan seniman-seniman bebas tempatan. Read more →

(HIBURAN) Terbaru dari AFGAN – L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE

IMG_9348

Afgansyah Reza merupakan penyanyi solo lelaki yang pada ketika ini telah mendapat nama di dalam dunia muzik Indonesia kerana mempunyai personaliti yang romantik. Setelah melalui proses produksi selama hampir 2 tahun, akhirnya album ketiga Afgan di lancarkan yang bertajuk L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE. Berbekalkan single hits beliau yang bertajuk Pesan Cinta, album ini mencatat beberapa sejarah bagi Afgan kerana lagu Pesan Cinta adalah lagu hasil ciptaan Afgan sendiri. Lagu Pesan Cinta ialah mengenai seorang lelaki yang telah jatuh hati “pandang pertama” pada seorang gadis. Sejak kali pertama bertemu, lelaki ini berusaha mencari jalan atau idea untuk bertemu dengan gadis tersebut sekali gus memikat gadis tersebut. Lagu yang dicipta Afgan ini memuatkan elemen-elemen comel, simple dan fun pop song. Afgan juga turut bekerjasama dengan Inu Numata dan Nino RAN dengan menggandeng Tohpati sebagai music directornya.
Read more →