(HIBURAN) Pelancaran Album Baru Kumpulan Hujan “Sang Enemy”

Spread the love

Kumpulan Hujan secara rasminya melancarkan album baru mereka yang bertajuk Sang Enemy di Black Box, Publika, Solaris Dutamas malam tadi.
Kumpulan INDIE  yang paling berpengaruh di Malaysia ini memberikan kelainan dalam album ini dimana SANG ENEMY secara keseluruhannya memuatkan lagu-lagu rock yang agak “berat” daripada kebiasaannya.
Dianggotai Noh Salleh (vokalis, pemain gitar), Hang Dimas (pemain keyboard), Hezry Hafidz “AG Coco” (gitar utama), Izzat Huzaini (gitar bass) dan Azham Ahmad (pemain drum), album Sang Enemy merupakan album keempat kumpulan tersebut yang ditubuhkan pada tahun 2006.
Antara lagu yang dimuatkan termasuk Janji Kita yang turut menampilkan penyanyi wanita popular tanahair, Yuna yang kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat. Turut dimuatkan adalah Ke Selatan, Mana Mungkin, Rumah Kita, Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur, Kembara dan DBS.
Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam album ini :
1.     OVERTURE
2.     JANJI KITA feat Jerry Kamit & Yuna
3.     RUMAH KITA
4.     MANA MUNGKIN feat Joe The Padangs
5.     KUALA LUMPUR OH KUALA LUMPUR
6.     DBS
7.     KE SELATAN feat DJ Souljah , DJ12, Wise & Tarantula (Urbanclise, Teriyaki Boyz, Spontania)
8. KEMBARA

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *