Category: Hiburan

(HIBURAN) AKB48 Lancar Ujibakat Generasi Kedua KLP48 “BLOOM” di Malaysia

Kuala Lumpur, 7 Julai 2025 – Peluang istimewa kini terbuka kepada semua gadis muda yang berbakat dan bercita-cita untuk menjadi bintang pentas. Kumpulan idol terkenal dari Jepun, AKB48, kini melancarkan ujibakat untuk mencari ahli baharu bagi kumpulan adik mereka di Kuala Lumpur, iaitu KLP48. Read more →

(HIBURAN) ‘Raja Lagu Galau’ Dadali Gegar Zepp KL & Umum Projek Filem Sebuah Kisah

KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2025 — Suasana di Zepp Kuala Lumpur bertukar menjadi lautan emosi apabila kumpulan pop-melayu Indonesia, Dadali, akhirnya merealisasikan konsert sulung mereka di Malaysia menerusi “Dadali — Sebuah Kisah Live in Kuala Lumpur”. Sejak tirai dibuka tepat 9 malam, lebih daripada 1,600 penonton menyanyi seirama bersama vokalis Octa Dyrga Nala Prana (Dyrga), memperlihatkan pengaruh mendalam lagu-lagu galau mereka di hati peminat tempatan.   Read more →

(HIBURAN) DATO’ M.N46IR CIPTA 3 Lengkapkan Trilogi Konsert Harley Davidson buat peminat bersama Etiqa selaku rakan strategik utama.

Konsert DATO’ M. N46IR CIPTA 3 telah diumumkan. Axiata Arena Kuala Lumpur sekali lagi bakal menjadi saksi nyata ribuan peminat M.Nasir akan memenuhi segenap ruang pada 27 September 2025 bermula pukul 8 malam.  Read more →

(HIBURAN) SELEPAS 18 TAHUN, IMPAK MAKSIMA 2 MENJANJIKAN AKSI LEBIH MENGGEGARKAN

Selepas 18 tahun, sequel filem yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2007 akan mengulangi sejarah bermula 17 Julai 2025. Filem Impak Maksima 2 kali ini tampil dengan aksi yang lebih mendebar dan menggegarkan. Filem terbitan Screen Studio Sdn Bhd arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri ini menampilkan hampir 1000 buah kereta pelbagai jenis yang pasti membuatkan peminat sukan permotoran terutamanya kereta tak sabar untuk menanti filem ini ditayangkan. Read more →

(HIBURAN) ‘SAYANG’  FILEM HASIL KERJASAMA PRODUKSI MALAYSIA–TAIWAN, BAKAL TEMUI PENONTON TAHUN 2026

3 Julai 2025, KUALA LUMPUR – Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu  ‘Sayang’ baru sahaja menamatkan sesi penggambaran dan kini bersedia memasuki fasa pasca produksi. Filem yang dijadualkan menemui peminat pada tahun 2026 ini merupakan hasil arahan pemenang Anugerah Dokumentari Terbaik di Golden Horse Awards ke-39, Tang Hsiang-Chu, dan ini menyaksikan kali pertama pengarah dari Taiwan ini mengarahkan filem cereka.   Read more →