Category: Hiburan

(HIBURAN) ‘RAJA PLOT TWIST’ SYAFIQ YUSOF SEKALI LAGI MENGEJUTKAN PEMINAT MENERUSI FILEM AKSI THRILLER DI LUAR JANGKAAN

16 April 2024, Kuala Lumpur – Sheriff yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara merupakan sentuhan terbaru pengarah filem aksi box office nombor satu Malaysia, Polis Evo 3, iaitu Syafiq Yusof. Filem aksi thriller terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura bermula 18 April. Read more →

(HIBURAN) KISAH PERJALANAN SOLOZ KE PUNCAK KEMASYHURAN MOBILE LEGENDS BAKAL DIADAPTASI DALAM FILEM GAME OF LIFE ARAHAN SYAFIQ YUSOF

KUALA LUMPUR, 26 MAC 2024 – Kisah perjalanan hidup pemain esukan terkemuka negara, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, bakal menjadi inspirasi melalui sebuah filem terbaru, Game of Life. Filem tersebut akan membawa penonton menyelami pengalaman Soloz yang menempuh pelbagai cabaran sehingga berjaya menempa nama sebagai antara pemain profesional terkenal dan berjaya dalam arena permainan video mudah alih, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Read more →

(HIBURAN) AJL 38 TERBUKTI PALING IKONIK!

 

Petaling Jaya, 6 Mac 2024 – Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) terbukti paling ikonik apabila seluruh rakyat Malaysia terharu dan gembira apabila ‘Hasrat’ dinobatkan sebagai juara lagu. Karya yang penuh emosi dan mencengkam hati penonton ini merupakan ciptaan sepenuhnya dan nyanyian oleh Amir Jahari. Read more →

(HIBURAN) “HASRAT” DINOBATKAN JUARA LAGU 38

Kuala Lumpur, 4 Mac 2024 – Teka – teki lagu manakah yang berjaya merangkul gelaran Juara Lagu dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi telah terjawab.  Lagu “Hasrat” nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amir Johari telah menepati ramalan pencinta muzik Malaysia dengan mengungguli acara kemuncak AJL 38 yang melabuhkan tirai malam tadi. Read more →

(HIBURAN) RAYAKAN MOMENT BESAR, HARI GRADUASI ANAK-ANAK DIDIKNYA 1 JUN 2024 MELLY GOESLAW KEMBALI ADA APA DENGAN MELLY & FRIENDS (MALAM GRADUASI)

Setelah mencipta sejarah dan fenomena menerusi konsert unggul  Ada Apa Dengan Melly (Back To School) pada Februari 2023, pesohor Indonesia, Melly Goeslaw akan kembali ke Malaysia. Kembalinya Melly bersama Anto Hoed pada 1 Jun 2024 ini kelak akan dimeriahkan dengan rakan seperjuangan. Lantaran itu konsert kedua yang dijangka akan mencipta sejarah tersendiri digelar Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi). Read more →