(HIBURAN) 12 FINALIS AJL KE-34 AKHIRNYA DIUMUMKAN!

Spread the love

Selepas persaingan sengit selama tiga minggu, klimaks Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34) pada Jumaat lepas telah pun menyaksikan sebanyak 12 lagu diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 34 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan. 

Dua lagu yang berjudul sama iaitu Sumpah ciptaan Omar K dan Naim Daniel serta Aina Abdul itu berjaya ke pentas AJL 34 bersama 10 lagi lagu iaitu Drama (Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib / Drama Band), Ragaman (Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo / Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan / Faizal Tahir), Anta Permana (Hael Husaini, Ezra Kong / Datuk Seri Siti Nurhaliza), dan Ku Bersuara (Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham / Ernie Zakri).

Enam lagi lagu yang turut layak ke peringkat final ialah Bangun (Navigator / Aman RA), Kisah Cinta Kita (Ikhwan Fatanna, Ayden Ali / Datuk A Aida / Hafiz Suip); Rampas (Hang Nadim, Laq / Bunga Cantik / Akim & The Majistret); Dinda (Ali Sariah / Kugiran Masdo); Peneman (Tam / Hazama) dan Lembah Kesepian (Haqiem Rusli / Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran / Haqiem Rusli).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *