(HIBURAN) Filem “Psiko – Pencuri Hati” bakal membawa kelainan

Spread the love

Group Photo (2)

Adakah seseorang penulis perlu berfikir seperti pembunuh bersiri untuk merealisasikan novel misteri pembunuhan bersiri? Adakah mereka perlu mendapatkan penghayatan dan kemahiran untuk diluahkan diatas kertas? Inilah persoalan yang dibongkar didalam Psiko Pencuri Hati….O.SIDI (Bront Palarae) seorang penulis novel popular yang menggemari subjek ‘thriller’ didalam setiap karyanya. Akibat terlalu obsess, jiwanya menjadi kacau. Justeru, SIDI terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan novel terbarunya yang diberi tajuk “Mangsa”…

psikosmall

Secara kebetulan ketika menyiapkan karya terbarunya itu, ibukota di gemparkan dengan insiden pembunuhan bersiri dimana pembunuh misteri itu melakukannya dengan sangat kemas merobek dan mengambil hati setiap mangsa. SIDI mengambil kesempatan untuk memuatkan kandungan kisah benar itu ke dalam chapter terakhir novelnya. Bagaimanapun, dia dibelenggu oleh halusinasi tentang apa yang ditulisnya. Kehidupannya terganggu tanpa disedarinya. Dia mula dibayangi oleh ketakutan yang melampau. Dia menjadi Psiko…

Kematian seorang demi seorang wanita yang pernah ditemuinya membuatkan SIDI hidup dalam ketakutan. Tidak tahan dengan tekanan dalaman, rakannya MAN (Amerul Affendi) mengatur rancangan untuk membawa SIDI ke sebuah pulau bagi mencari kedamaian. Ketika di Pulau, SIDI bertemu dengan pasangan Dr.KHAI (Sein) seorang patalogist dan WANI (Sharifah Amani) bekas seorang peguam, yang sedang bercuti setelah hubungan rumahtangga mereka hambar untuk sekian lama. Selepas berkenalan didalam majlis makan malam, hubungan SIDI dan WANI menjadi akrab apabila WANI mengetahui SIDI adalah penulis novel ‘thiller kegemarannya.

Perkara ini tidak disenangi oleh Dr KHAI dan mula mendendami SIDI. Konflik antara Dr KHAI, SIDI dan WANI menjadi bertambah tegang apabila WANI seringkali menyebelahi Sidi didalam setiap pertelagahannya dengan Dr. KHAI. Bagaimanapun dalam kekalutan mencari jalan penyelesaian, mereka dikejutkan dengan kematian SITI (Shera Aiyob), isteri kepada PAK ABU (Suhaimi Yusof) yang juga merupakan pemilik resort itu. Dr KHAI mengambil kesempatan untuk menuduh SIDI adalah pembunuh SITI berdasarkan minatnya didalam menulis novel thriller. SIDI tidak mampu menafikannya. WANI pula semakin gusar tetapi mengambil pendekatan mendiamkan diri. Pak Abu hilang punca…

Persoalannya; Adakah novel OSIDI telah menjadi realiti? Atau ianya sebuah karya yang sengaja direka untuk membongkar perlakuan seorang pembunuh? Siapakah sebenarnya pembunuh yang dicari-cari?

P E L A K O N & W A T A K
BRONT PALARAE …… O.SIDI
SHARIFAH AMANI …… WANI
SYED HUSSEIN …… DR. KHAI

S U P P O R T I N G
AMERUL AFFENDI …… MAN
SUHAIMI YUSOF …… PAK ABU
SHERA AIYOB …… SITI

G U E S T  S T A R
JULIA ZIEGLER
YUSMAL GHAZALI


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *