GSC Movies dengan bangganya mengumumkan pelancaran filem seram terbaru “Sumpahan Jerunei”, sebuah karya seni yang dihasilkan oleh Warga Produksi Seni 2020. Filem ini dijangka akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 27 Julai 2023. Read more →
Tag: Amerul Affendi
(HIBURAN) PENGARAH AIR MATA, RASHID SIBIR TAMPIL DENGAN FILEM MENGUNDANG AIR MATA, ‘TILAM PERCA’
Kuala Lumpur, 28 November 2022 – Pengarah Rashid Sibir amat terkenal dengan sentuhan karya yang menyentuh perasaan dan mampu mengundang air mata penonton seperti ‘Pondok Buruk’, ‘Quran Buruk’, ‘Terbuka Pintu Syurga’, ‘Tanah Kubur’, kini kembali dengan buah tangan terbaru iaitu filem Tilam Perca. Filem dengan genre kekeluargaan ini akan mula ditayangkan bermula 3 Disember 2022 menerusi Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau boleh dilanggan menerusi platform penstriman On Demand atau Astro Go. Read more →
(HIBURAN) ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN DRAMA PREMIUM DIINSPIRASIKAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU DI MALAYSIA, ‘ONE CENT THIEF’
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2022 – Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan. One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar. Read more →
(HIBURAN) ‘DUKUN DOKTOR DANI’ TAMPIL SISI LAIN TAUFIK BATISAH, FASHA SANDHA, SABRI YUNUS
‘Siapa kata nasib tak boleh diubah?’ Astro Shaw selaku penerbit bersama produksi Balang Rimbun bakal menampilkan sebuah filem terbaru berjudul DUKUN DOKTOR DANI yang akan menemui para penonton di layar perak pada 28 Julai 2016 ini. Satu majlis sidang media dan pratonton diadakan di MM2 Screen Management, e@Curve, Cathay Cineplex Damansara, Petaling Jaya. Read more →
(HIBURAN) ‘ASTRO SHAW LANCAR RANGKAIAN PROMOSI POLIS EVO’
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2015 – Kemunculan filem-filem Astro Shaw bagi tahun 2015 ternyata merancakkan lagi industri perfileman Malaysia. Terbaru, pasti para peminat filem aksi sudah tidak sabar menantikan buah tangan terbaru Astro Shaw iaitu Polis Evo! Bagi menghangatkan lagi bahang filem Polis Evo yang akan menjengah di layar perak pada 17 September 2015 nanti, Astro Shaw selaku penerbit telah merangka langkah promosi dan pemasarannya secara menyeluruh menerusi trailer rasmi filem, muzik video, sesi jelajah, aplikasi permainan, laman sesawang dan koleksi cenderahati eksklusif bagi memperluaskan promosinya kepada orang ramai. Rangkaian promosi yang secara menyeluruh ini diharap dapat membantu mengubah industri perfileman tempatan ke arah satu paradigma yang baru dan menghidupkan kembali filem tempatan setanding dengan filem luar. Read more →