(HIBURAN) 4 PENTAS, 2 HARI FESTIVAL ROCKAWAY 2020 MEMPERSEMBAHKAN SENARAI PENUH BAND BAND YANG GEMPAK DAN BERTENAGA

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2020: Perayaan rock terbesar, Rockaway Fest 2020 dengan bangganya mengumumkan barisan lengkap festival tersebut dengan barisan nama-nama besar grup internasional, legenda dari tempatan serta barisan band-band baru yang sedang mencipta nama dan akan beraksi di pentas satelit nanti. Festival rock legenda ini telah mengetengahkan 51,000 para rockers, 92 artis, 11 persembahan, dan 5 festival sepanjang sepuluh tahun yang lalu. Festival muzik terbesar di Malaysia ini kembali dengan beberapa tambahan menarik dan akan berlangsung pada 14 hingga 15 Mac 2020 di kawasan letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Grup heavy metal berasal Jepun, Crossfaith mendepani barisan awal yang diumumkan sebagai ‘headliners’ untuk festival ini. Kumpulan ini memang terkenal sebagai persembahan ‘live’ mereka yang bertenaga dengan gabungan progresif dan metal ekstrem. Grup rock berasal Amerika, Atreyu akan membuat persembahan bertenaga dengan gabungan vokal unik serta dentuman dram yang akan menghangatkan genre metalcore khas yang merupakan ‘signature’ mereka.
 
Grup superstar yang dianggap misterius dan membawakan metal bertenaga, Lacuna Coil juga akan muncul di pentas ini dengan membawakan lagu-lagu dari album kesembilan dan ‘terberat’ mereka hingga kini, “Black Anima”. Band ini baru sahaja merayakan ulang tahun ke-25 mereka tahun lalu dan terus memperkembangkan muzik mereka, dengan barisan para peminat setia dan baru melalui lagu-lagu gothik rock. Uncured juga akan mempamerkan ri dan teknikal mereka yang brutal, dengan prestasi mereka yang bertenaga ke panggung di Rockaway Fest 2020.
 
 
Massacre Conspiracy dengan barisan enam ahli anggota akan membawakan kegilaan metal bersama-sama barisan grup bertenaga dan energetik yang lain. Band ini akan membawakan gabungan keunikan stail muzik namun dalam masa yang sama tetap mengekalkan ‘heavy metal’ terhadap para pecinta muzik mereka.
Juga tidak dilupakan karnival dua hari yang disediakan di Rockaway 2020 di Zon Gem-Park merupakan tambahan terbaru kepada Rockaway 2020 – Memberi peluang dan ruang kepada peniaga mengetengahkan produk-produk mereka kepada penggemar serta komuniti muzik rock yang hadir pada festival itu. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai pilihan makanan di gerai-gerai yang mengambil bahagian. Zon Gem-Park akan dibuka kepada orang ramai secara percuma selama dua hari.
 
Zon Rockaway Live – Akan bermula pada jam 2 petang pada 15 Mac 2020, dengan penampilan pemuzik tempatan, diikuti dengan persembahan oleh artis-artis luar negara yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Semenjak penganjurannya yang pertama pada 2009, Rockaway sentiasa mengutamakan barisan artis-artis rock tempatan.
 
 
Sebelum ini, fasa pertama ‘line up’ ini telah diumumkan bermula dengan band rock Australia, Hands Like Houses, yang bakal mengegarkan pentas utama buat pertama kali di Asia. Dengan penjualan rekod melebihi 150,000 di seluruh dunia, lebih 15 siri jelajah muzik di America Syarikat dan 10 jelajah di UK, lagu-lagu Hand Like Houses yang berakarkan post-hardcore dengan dipengaruhi oleh R&B telah menyuntikkan versi baru rock’n’roll untuk industri muzik.
 
 
Seterusnya bakal menampilkan persembahan daripada band yang tidak asing bagi peminat muzik tanah air. Hujan, bakal menghiburkan para peminat setia mereka dengan kompilasi lagu-lagu hit yang terdiri daripada koleksi album terdahulu dan juga album terbaharu mereka.
 
Band seterusnya ini, baharu sahaja menyambut ulang tahun ke-10 mereka. Pernah menjadi band pembuka untuk Death Cab For Cutie dan The Smashing Pumpkins, persembahan Kyoto Protocol juga tidak patut dilepaskan. Tidak ketinggalan, pentas utama akan digegarkan dengan persembahan rock gabungan gitaris lagenda yang pernah menyertai kumpulan Search dan Cromok, Hillary Ang bersama Mad August, AIM Chinese Award Winner, yang juga telah menyambut ulang tahun kelapan mereka pada tahun ini.
 
Masih utuh mencipta nama dalam industri muzik selama 40 tahun, Datuk M. Nasir adalah sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Datuk M. Nasir bakal menggamatkan lagi pentas dengan persembahan lagu-lagu popular beliau yang menjadi siulan ramai.
 

Line up:

ATREYU (US)

Budak Nakal Hujung Simpang

Bombfire

Carthreena

Color Heart

CROSSFAITH (JP)

Glistening Red Chair

Jemson

HANDS LIKE HOUSES (AU)

Here Comes July!

Hujan

Kabus

Kyoto Protocol

LACUNA COIL (IT)

Loch

MNasir

Mad August ft Hillary Ang

Masdo

Massacre Conspiracy

MIM

Mothflesh

Naratu

Nevertheless

Project E.A.R.

Restraint

Spooky Wet Dreams

Sonic Starr Radio Jam

The Mash

Toko Kilat

Trophy Knives

UNCURED (US)

XPDC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *