(HIBURAN) “Ah Boys to Men 3 : Frogmen” Ditayangkan di Malaysia 19 Mac

Spread the love

_L2_5579

Edisi ketiga daripada pengarah Singapura, Jack Neo, dalam siri “Ah Boys to Men” telah menjadi sensasi web dengan lebih daripada 15,000 “hit” dalam hari terbitannya dalam YouTube.

Wayang gambar ini memaparkan pelakon asal termasuk Wang Wei Liang, Tosh Zhang, Joshua Tan, Bunz, Jaspers, Maxi Lim, Wesley Wong dan Charlie. Ia menerima sokongan yang memberangsangkan daripada para peminat tempatan dan mencatat rekod baru di Singapura bersempena Tahun Baru Cina dengan pengumpulan tiket sebanyak SGD$2.8 juta. Tayangan “box office” ini telah mencapai SGD$6.4 juta, dengan jumlah pungutan dijangka mengatasi jualan tiket untuk “Ah Boys to Men”. Ia akan ditayangkan di Malaysia pada 19 Mac ini.

_L2_5599

Disiarkan oleh MM2 Entertainment, “Ah Boys to Men 3: Frogmen” adalah komedi aksi tentang sekumpulan rekruit muda di Tentera Laut Singapura. Ia menceritakan pengalaman rekruit muda ini bersempena dengan latihan mereka dengan Unit Selaman Tentera Laut (Naval Diving Unit – NDU), khususnya semasa “hellweek” yang sukar.

Menurut Pengarah Neo, walaupun cerita ini adalah berdasarkan rekruit tentera, ia berbeza daripada dua edisi terawal di mana pusat latihan adalah bertempat di Tekong. Dia berkata bahawa NDU merupakan unit khas di mana skil dan latihan yang diberikan lebih mencabar daripada unit lain. Tentera Laut memerlukan kesemua pelakon muda ini untuk menampilkan tahap kecerdasan yang tinggi, kerana mereka akan memainkan watak angkatan tentera elit. Justeru itu, kesemua pelakon telah diberikan latihan intensif 3-bulan untuk memastikan tahap kecerdasan mereka adalah berpatutan.

Watak “Maxi” Masih Dipaparkan Sebagai `Sampah Masyarakat’

Pelakon Joshua Tan memainkan watak seorang anak kaya yang malas dan berpendapat bahawa khidmat masyarakat (“national service”) adalah membuang masa. Ini mendorong watak ini mencari alasan, termasuk menggunakan ibunya, untuk mengelakkan pendaftaran untuk latihan.

Maxi Lim berlakon sebagai seorang graduan Institut Teknologi yang berharap untuk memenangi biasiswa SAF. Minat beliau menerima layanan dingin daripada rakan sekabin beliau, dan ini menjadikan beliau watak paling tidak popular dalam kumpulan itu.

Wei Liang “Melucutkan Pakaian” untuk Pungutan Tiket 6 juta

Watak Wang Wei Liang adalah seorang pemuda yang bekerja di kedai mobil di Sim Lim Square dan suka berseloroh. Tosh Zhang pula memainkan watak seorang anggota pasukan Tentera Laut yang memimpin unitnya dengan tegas tetapi prihatin.

Idol baru Wesley Wong adalah graduan Akademi Filem Beijing dan diupah oleh Pengarah Neo kerana bakat beliau dalam sukan. Beliau adalah anak pelakon terkenal Hong Kong, Angie Chiu, dan mahir dalam sukan berenang, bola sepak, bola keranjang, tinju dan sukan lain. Wesley teruja apabila membaca skrip, tetapi tercabar dengan latihan fizikal yang bakal dijalani. Beliau memainkan watak ketua samseng sebelum menyertai angkatan tentera.

Wang Wei Liang “mengorbankan” Ciuman Lakonan Pertama Beliau

Dalam wayang “Black Dragon”, Wesley Wong tidak gembira dengan keputusan ibubapa beliau untuk berhijrah ke Singapura, kerana ini bermakna beliau perlu menyertai Khidmat Masyarakat (National Service). Beliau berbeza daripada rekruit lain kerana cenderung terhadap tindakan ganas. Watak ini memang berbeza daripada imej biasa Wesley. Untuk memahami watak ini dengan lebih jelas, Wesley menyertai latihan tentera untuk pengalaman yang lebih menyeluruh. Aksi selaman dalam cerita ini dilakonkan oleh Wesley sendiri, dan untuk tujuan ini, beliau turut mendapatkan sijil selaman. Maxi Lim mengagumi rakan kerja beliau, Wesley, kerana komitmen beliau.  Wesley turut menceritakan bagaimana aksi ciuman lakonan beliau `dicuri’ daripada ciuman pertama lakonan Wang Wei Liang. Bagaimana ia berlaku? Tontonlah wayang gambar ini!

“Ah Boys to Men 3: Frogmen”

Pengarah         :           Jack Neo

Pelakon           :           Wang Wei Liang, Tosh Zhang, Joshua Tan, Bunz, Jasper, Maxi Lim, Wesley Wong, Charlie

Genre: Komedi, Aksi

Ditayangkan: 19 Mac 2015

Sinopsis:

 “Ah Boys to Men 3: Frogmen” menceritakan pengalaman rekruit Singapura sebelum pengasasan ABTM. Akan tetapi, Ah Boys ini ditempatkan di Unit Selaman Tentera Laut (NDU), dan bukannya Pulau Tekong. Watak utama termasuk Ken Chow (Joshua Tan), anak muda yang selalu cuba mengelakkan NS, Aloysius Jin/Wayang King (Maxi Lim) yang tidak disukai oleh rakan kabinnya, Lobang (Wang Wei Liang) yang selalu cuba menipu rakan kabinnya. Watak baru termasuk Hei Long/Black Dragon (Wesley Wong), seorang ketua samseng yang jahat dan selalu cenderong terhadap tindakan ganas. Selaku satu unit, mereka wajib melalui 40 minggu latihan keras. Adakah pasukan ini mampu menjadi satu daripada unit tentera elit Singapura, iaitu “frogmen”?


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *