(HIBURAN) Aliff Aziz Lancar Album Keempat Rebirth  

Spread the love

alif

Kuala Lumpur, 6 Mei 2016 – Penyanyi popular kelahiran Singapura yang begitu aktif dalam industri muzik Malaysia, Aliff Aziz dan label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia hari ini melancarkan album penuh Rebirth yang memuatkan keseluruhan 10 trek lagu.  Album keempat oleh penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Sayang-sayang’ dan ‘Jangan Ganggu Pacarku’ ini turut menampilkan sentuhan komposer terkenal antaranya Tun Teja, Faizal Tahir, Kunci Demak, Mike Chan, Omar K, Panji Sakti dan ramai lagi.

Menampilkan kematangan vokal dengan pengisian lagu yang lebih teliti, Rebirth mempertaruhkan irama lagu berentak balada yang lebih sesuai dengan jiwa penyanyi remaja ini. Garapan luahan rasa cinta Aliff dizahirkan menerusi pemilihan lagu yang bersesuaian dengan perjalanan kisah cinta tanpa mengenepikan nilai komersil menerusi kehadiran artis duet termasuk Siti Nordiana (lagu ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’) dan Emma Suhaimi (lagu OST filem Pengapit ‘Dan Lagi Cinta’).

Rebirth ialah album kelahiran semula saya dengan semangat baru untuk membina nama dalam industri muzik mulai 2016,” ujar Aliff Aziz ketika ditemui di majlis pelancaran Rebirth yang diadakan di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Album yang memuatkan 10 trek lagu ini mempertaruhkan single pertama ‘Selayaknya Aku’ ciptaan Faizal Tahir; manakala trek lagu hebat lain termasuk ‘Coba’, ‘Novella’, ‘Setelah Kau Pergi’ dan lain-lain. Keistimewaan dalam album ini juga turut menampilkan lagu duet runut bunyi filem Dilwale versi bahasa Melayu yang bertajuk ‘Warna Cinta’ bersama Kilafairy pada awal tahun ini.

“Untuk album kali ini kami mencuba kelainan dan pembaharuan dalam susunan muzik. Aliff Aziz mahu lebih jujur dalam muzik yang dihasilkan dan kami berharap peminat bakal menyukai album ini,” menurut Julius Ng, Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Singapura dan Indonesia. Di kesempatan ini juga Sony Music Malaysia ingin memberi penghargaan kepada Aliff Aziz atas pencapaian muat turun 20x Platinum.

Keseluruhan trek lagu dalam album Rebirth ini boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Dengarkan kesemua trek lagu daripada album baharu Aliff Aziz, Rebirth hari ini!

Diskografi Album Rebirth

  1. Selayaknya Aku

Komposer / Lirik               : Faizal Tahir & Mike Chan / Faizal Tahir & Mike Chan

  1. Coba

Komposer / Lirik               : Tun Teja / Tun Teja

  1. Novella

Komposer / Lirik               : Kunci Demak / Kunci Demak

  1. Setelah Kau Pergi

Komposer / Lirik               : Nino / Nino

  1. Ada

Komposer / Lirik               : Tun Teja / Tinta

  1. Dengarkan Aku

Komposer / Lirik               : Panji Sakti / Panji Sakti

  1. Dan Lagi Cinta (duet bersama Emma Suhaimi)

Komposer / Lirik               : Kunci Demak / Kunci Demak

  1. Pujangga

Komposer / Lirik               : Azlan Abu Hassan/Omar K

  1. Tak Ada Cinta Sepertimu (duet bersama Siti Nordiana)

Komposer / Lirik               : Mawar Putih / Mawar Putih

  1. Warna Cinta (duet bersama Kilafairy)

Komposer / Lirik               : Pritam / Ad Samad

  • TAMAT –

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *