(HIBURAN) AMEERAIS FT DANNY MOJO “SUDAHLAH

Spread the love

“SUDAHLAH”, merupakan single terbaru daripada Ameerais featuring Danny Mojo dimana Danny Mojo merupakan Producer untuk lagu yang bergenre Rock ini. Ramai sedia maklum bahawa Ameerais merupakan ahli kumpulan Fourteen sejak 7 tahun yang lalu manakala Danny Mojo pula merupakan gitaris kumpulan yang pernah namanya melonjak naik suatu ketika dahulu dan masih diingati sehingga hari ini.

Lagu dan lirik adalah hasil ciptaan daripada Merah Biru ini menceritakan tentang kebahagiaan yang di khianati oleh pasangan dalam bercinta. Perasaan sayang dan cinta yang di sia-siakan telah menjadikan sebuah kelukaan. Kesakitan yang menyiksa itu membuatkan lelaki ini memilih untuk pergi meninggalkan pasangannya itu.

Bagi peminat yang menantikan perkembangan Ameerais, boleh dengarkan “Sudahlah” di semua platform digital muzik bermula 6 September ini. Beliau berharap lagu “Sudahlah” mendapat tempat di hati pendengar dan terus menyokong Ameerais dalam industri muzik.

Follow Ameerais :
Instagram : @ameerais.azhar
Facebook : Ameerais Azhar
Twitter : @AmeeraisAzhar


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *