(HIBURAN) ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2 – FILEM SERAM BLOKBUSTER PEMBUKA TIRAI 2024!

Spread the love

Petaling Jaya, 5 Disember 2023 –  Grand Brilliance Studio mempersembahkan filem sekuel seram Anak Perjanjian Syaitan 2 yang kini kembali untuk menuntut janjinya di pawagam serta menemui peminat filem seram tempatan di Malaysia dan Brunei mulai 4 Januari 2024.

Buat pertama kalinya Eyka Farhana telah diberi tanggungjawab untuk melakonkan watak utama dalam filem dan bergandingan dengan barisan pelakon hebat lain seperti Alif Satar dan Fasha Sandha dan dibantu oleh Azlan Komeng, Dian P. Ramlee, Azizah Mahzan, Shaharuddin Thamby dan ramai lagi.

Filem ini diarahkan oleh Dr. Ahmad Idham, seorang sutradara hebat yang terkenal dengan karya-karya pecah panggung sebelum ini, dan kini membuat kemunculan semula di kerusi pengarah selepas empat tahun ‘berehat’ dari pembikinan filem. Tayangan perdana dan sidang media untuk filem Anak Perjanjian Syaitan 2 telah diadakan di pawagam Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Hampir 500 tetamu dijemput, termasuk pengamal media, peminat, dan penggiat industri tanah air telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

Anak Perjanjian Syaitan 2 mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita muda bernama Azlinda (Eyka Farhana) dalam perjuangannya menentang pertarungan mistik yang menghantuinya sejak kecil. Walaupun Azlinda telah didiagnosis secara medikal dengan penyakit “anxiety disorder”, dia yakin bahawa gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya, sehinggakan bapanya tidak sanggup lagi untuk membesarkan Azlinda dan tekad menyerahkan Azlinda ke pusat kebajikan. Mampukah Azlinda melawan perjanjian malapetaka yang telah menjadi sebahagian dari darah dagingnya, atau adakah dia akan terus hidup dalam kegelapan sepanjang hayatnya?

“Filem yang diilhamkan dari pengalaman sebenar ini saya gabungkan dari sudut rohani dan juga mistik dan ia mempunyai cabaran tersendiri yang getir harus saya lalui. Ini disebabkan isu-isu dan elemen emosi yang amat mendalam dan berat, memerlukan ketelitian saya untuk mentranskripsikan secara relevan tentang kerakusan manusia dalam mengejar kehidupan dunia. Filem ini berbeza dari pengarahan genre drama dan romantik kerana dengan menggunakan unsur ritual ia mempunyai kekangan yang tersendiri bagi tidak mencetuskan polemik serta menjaga sensitiviti. Saya mengharap garapan saya kali ini dengan penulisan skrip dan kuat didukung oleh barisan pelakon hebat dapat diterima ramai sekaligus menarik penonton ke pawagam. Tambahan pula, Anak Perjanjian Syaitan 1 mendapat sambutan yang baik walaupun pada masa itu kami terjejas oleh pandemik, tetapi ia masih mendapat kutipan yang memuaskan. Dengan sambutan yang lepas, saya yakin untuk menerbitkan naskah terkini bagi kesinambungan dan sekuel terbaru ini”, ujar Dr. Ahmad Idham, Pengarah & Penerbit Filem Anak Perjanjian Syaitan 2.

Kami amat berbesar hati dapat berkolaborasi dengan Dr. Ahmad Idham dalam karya terbaharu beliau “Anak Perjanjian Syaitan 2”. Saya yakin genre ‘dramatik horror’ ini akan mendapat perhatian para penonton di Malaysia dan Nusantara,” kata Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios.

Filem ini juga mempunyai sebuah runut bunyi berjudul ‘Murka atau Cinta’ yang dinyanyikan oleh Puteri Khareeza kerana suaranya yang boleh membuatkan pendengar merinding. Lagu ini dihasilkan oleh Amer Munawer Yusoff, seorang komposer dan penulis lirik berpengalaman yang pernah menjadi anggota Ruffedge. Lagu yang disiapkan dalam tempoh sebulan ini mengangkat unsur-unsur kerohanian yang mengisahkan tentang perjalanan seseorang dalam memilih antara jalan yang benar atau sesat. Inspirasi bagi lagu dan lirik ini muncul apabila Amer diberi tugas untuk mencipta lagu spiritual yang relevan dalam konteks masa kini.

Puteri Khareeza sebelum ini telah menempa nama dengan lagu bagi drama Melur Untuk Firdaus (TV3) yang berjudul ‘Duka Sebalik Tawa’. Lagu tersebut berjaya meraih 4.9 juta tontonan di YouTube sehingga kini dan mendapat capaian 380 juta di TikTok. ‘Murka atau Cinta’ sudah tersedia dan boleh dimuat turun di semua pelantar digital melalui platform seperti iTunes atau aplikasi penstriman seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk maklumat lanjut mengenai Alternate Records & Talents, layari saluran rasmi YouTube di Alternate Records & Talents atau ikuti Instagram @alternate.my_.

Nantikan filem Anak Perjanjian Syaitan 2, naskah blokbuster pembukaan tahun 2024 oleh Dr. Ahmad Idham yang akan menemui para penonton di pawagam di Malaysia dan Brunei mulai 4 Januari 2024. Layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta saluran YouTube Primeworks Studios – filem untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #AnakPerjanjianSyaitan2 #MasanyaSudahTiba bagi berkongsi ulasan tentang filem ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *