(HIBURAN) Astro Ria lancar program hiburan terbaru ‘H Live’

 IMG_7888

Bagi terus mengukuhkan kedudukan selaku peneraju kandungan utama di Malaysia, pihak Astro dengan berbesar hati menawarkan sebuah lagi pilihan kandungan hiburan berkualiti menerusi program infotainment terbaru, hlive!.

Program infortainment terbaru ini menawarkan liputan komprehensif berita hiburan tanpa henti yang terkini dari pelbagai sisi melalui platform Tonton, Dengar dan Baca.

Uniknya lagi, rangka strategi pendekatan menyeluruh 360 darjah telah disusun menggunakan kelebihan jentera-jentera promosi yang Astro miliki merangkumi penyiaran secara on air, laman portal, penerbitan digital, acara jelajah atau lapangan, radio.

Malah, ia turut dapat dinikmati menerusi perkhidmatan aplikasi serta perkhidmatan Astro On-The Go agar pengisian hlive! ini dapat dinikmati dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana saja mengikut keselesaan masing-masing.

Menerusi platform Tonton, Dengar dan Baca, pengisian hlive! diselaraskan merangkumi sumber dan intipati kandungan jenama-jenama hiburan Melayu Astro iaitu Astro Ria, Astro Awani, Era fm, Sinar fm, In Trend, Astro Gempak, MeleTOP, Studio H dan juga Murai.

 IMG_7893

Bagi memantapkan lagi pengisian yang ditawarkan, hlive! juga akan turut bekerjasama dengan pihak E! News untuk membawakan liputan berita-berita antarabangsa secara eksklusif.

Sementara itu, E! News Express From Hollywood boleh ditonton pada setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran E! Entertainment (712).

Naib Pengerusi Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya berasa amat teruja untuk berkongsi tentang penawaran terbaru pihak Astro Ria ini.

“Selaku sebuah Saluran Hiburan Melayu Utama, matlamat kami ialah untuk menjadikan program hiburan infortainment hlive! sebagai pilihan utama rakyat Malaysia yang dahagakan liputan berita-berita eksklusif paling terkini dan sensasi mengenai dunia hiburan.

“Ini sejajar dengan matlamat Astro untuk menjadi peneraju kandungan tempatan dan pusat informasi lengkap yang berpengaruh, kami berazam untuk terus menawarkan pengisian terbaik berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan gaya hidup para pelanggan,” katanya kepada murai.com.my

Menurut Khairil Anwar Salleh lagi, pihaknya juga amat menitikberatkan susunan rangkaian penyampaian kandungan yang telah diseragamkan dengan teliti menerusi platform Tonton, Dengar dan Baca.

“Keseragaman kandungan di kesemua platform ini amat penting bagi memastikan setiap rangkaian liputan berita hiburan dikupas dengan penuh komprehensif dari pelbagai sudut yang berbeza untuk disampaikan kepada para penonton.

“Pengisian yang ditawarkan ini juga akan diperhebatkan lagi dari semasa ke semasa agar kandungan yang ditawarkan seiring dengan peredaran masa dan permintaan kelompok penonton sasaran.

‘Kami juga amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak E! News selaku rakan pengisian untuk kandungan berita antarabangsa serta sokongan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat bagi menjayakan penerbitan program ini,” katanya lagi.

Terdapat dua buah program menarik yang diperkenalkan menerusi platform Tonton iaitu hlive! dan hlive! Apa Kata Malaysia.

Program hlive! Apa Kata Malaysia akan diterajui oleh Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai pengacara dan bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 8.30 malam bermula 25 Mei 2014.

Manakala program hlive! pula akan bersiaran secara langsung sebanyak dua kali sehari pada setiap hari Isnin hingga Sabtu, jam 1.00 petang dan 8.30 malam bermula 26 Mei 2014 secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Para penonton juga mempunyai pilihan untuk menonton kedua-dua buah program ini menerusi perkhidmatan Astro On-The-Go menerusi peranti tablet, telefon pintar ataupun komputer.

 IMG_7876

Program hlive! bakal dikemudikan oleh empat pengacara baru yang berbakat besar iaitu Dahlia Shazwan (Dahlia Shazwan, 26), Nabil Mahir (Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 26), Shalma Ainaa (Shalma Ainaa Bruhanuthen, 23) dan Alif Farhan (Muhammad Alif Farhan Abd. Jalil, 24).

Naib Pengerusi Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh Khairul berkata, pemilihan Dahlia, Nabil, Shalma dan Alif untuk melunaskan tugas sebagai pengacara program hlive! ini dilihat amat bersesuaian berdasarkan kepada karektor mereka yang bersahaja dan menarik menepati konsep dan penonton sasaran program ini.

“Walaupun masih baru, kami percaya kesemua mereka mampu mengemudikan program ini dengan sentuhan dan gaya keunikkan mereka yang tersendiri sekaligus memikat hati para penonton untuk terus melekat di kaca televisyen,” katanya kepada murai.com.my dalam sidang media hlive! sebentar tadi.

Antara segmen-segmen menarik yang boleh ditonton menerusi hlive! termasuklah segmen Tweet Nakal, 15 Soalan, Di Sebalik…, Fakta Atau Propa, Pilihan H serta banyak lagi.

Menerusi segmen Tweet Nakal, orang ramai boleh mengetahui reaksi spontan selebriti sewaktu membaca tweet-tweet nakal kiriman peminat.

Dalam segmen 15 Soalan pula, sebanyak 15 buah soalan akan diajukan kepada selebriti ketika mereka di dalam situasi berbeza. Contohnya, sewaktu sedang membeli-belah, sewaktu sedang membuat rawatan rambut dan sebegainya. Menerusi segmen Di Sebalik…, selebriti yang akan berkongsi cerita menarik di sebalik pembikinan karya terbaik mereka. Segmen Fakta Atau Propa pula akan menampilkan cerita-cerita ‘hangat’ yang menjadi perhatian dan perbualan pengikut dunia seni hiburan di laman sosial. Para penonton boleh menilai sendiri sama cerita tersebut adalah fakta ataupun propa.

Pilihan H pula merupakan carta infomatif dalam bentuk santai mengenai apa sahaja yang berlaku dalam dunia hiburan. Contohnya seperti senarai 5 fesyen pakaian terbaik Neelofa pilihan hlive!, 5 watak yang perlu dilakonkan oleh Aaron Aziz pilihan hlive! dan banyak lagi.

Melalui platform Dengar pula, para penonton boleh mendapatkan berita, liputan terkini, temu bual eksklusif serta banyak lagi mengenai pengisian hlive! di stesen radio Era fm dan Sinar fm.

Manakala menerusi platform Baca, Astro turut memperkenalkan aplikasi Studio H yang merupakan majalah dalam bentuk digital yang interaktif boleh dimuat turun oleh orang ramai secara percuma di Apple Store dan Play Store untuk pengguna Android. Menerusi Studio H juga, orang ramai boleh mengetahui kisah Up Close & Personal tentang personaliti ataupun selebriti popular di Malaysia.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan galeri gambar, sedutan klip video, liputan berita hiburan serta informasi terkini dan banyak lagi mengenai program hlive! menerusi laman sesawang rasmi di www.hlive.com.my ataupun ikuti akaun rasmi Twitter, Instagram dan Facebook di officialhlive.

Program hlive! akan bersiaran secara langsung sebanyak dua kali sehari pada setiap hari Isnin hingga Sabtu, jam 1.00 petang dan 8.30 malam bermula 26 Mei 2014 secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Manakala program hlive! Apa Kata Malaysia yang diterajui oleh Datuk Aznil Haji Nawawi bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 8.30 malam bermula 25 Mei 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *