(HIBURAN) Bravo 5 kisah perjuangan wira negara

Spread the love

bravo 5_poster

Tidak dinafikan setakat ini tidak banyak filem tempatan yang berkisarkan tentang cerita ketenteraan yang mampu membangkitkan semangat patriotik dihasilkan untuk dinikmati penonton.

brv

Menyedari hakikat itu, syarikat produksi Karya Prima Production Sdn Bhd  telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah filem berjudul Bravo 5 yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 10 September ini.

008_POSTER BRAVO_YOEP

Filem Bravo 5 berlatarkan tahun 1989 mengisahkan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Kawasan tengah semenanjung dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata.

002_POSTER BRAVO_BETO

Lima komando terbabit berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit mereka. Tetapi, malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 anggota gerila komunis. Sebelum pertempuran bermula, mereka ada menulis wasiat.

003_POSTER BRAVO_REMY

Filem ini dipetik daripada kisah benar melalui Diari Misi Komando. Dahulunya ia adalah rahsia sulit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini dipaparkan untuk sama-sama rakyat Malaysia fikir dan menilai sendiri sumbangan mereka yang terbabit.

007_POSTER BRAVO_FAIRIL

Filem Bravo 5 diterbitkan Karya Prima Production Sdn Bhd  dan diarahkan M Hitler Zami, manakala skripnya karya Mejar Zainal Hayat yang menampilkan lakonan mantap Remy Ishak, Beto Kusyairy, Sofi Jikan, Shashitharan, Xavier Fong dan Normah Damanhuri.

006_POSTER BRAVO_FRANK

Sesuatu yang cukup menarik tentang filem ini juga apabila Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai penaung untuk filem Bravo 5 ini serta mendapat kerjasama daripada ATM.

004_POSTER BRAVO_SHASHI

Pelakon

  • Beto Kusyairy sebagai Trooper Karim
  • Remy Ishak sebagai Leftenan Azri
  • Sashi Tharan sebagai Koperal Morgan
  • Xavier Fong sebagai Koperal Ah Chia
  • Frank Peterson sebagai Sarjan Unya
  • Sofi Jikan sebagai Ketua Parti Komunis Malaya
  • Tasha Shilla
  • Siti Saleha
  • Normah Damanhuri

 

Pengarah Yeop Hitler
Penerbit Nik Nur Ashikin Nik Abdul Majid
Muhammad Hazlin Yang Razali
Cerita oleh Mejar Zainal Hayat
Konsep asal Diari Misi Komando

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *