(HIBURAN) CEO … semua orang nak jadi bos

Spread the love

IMG_3622ARA Film bakal mempertaruhkan pengarah baru iaitu Razaisyam Rashid dalam menghasilkan filem terbaru mereka yang bertajuk CEO. Filem yang mengandingkan barisan pelakon terkenal ini antaranya Beto Kusyairy, Remy Ishak, Cristina Suzzane, Dato Jalaluddin Hassan, Deanna Yusuf, Anas Ridzuan ini bakal memulakan penggambaran pada 15 Jun 2013 di sekitar Kuala Lumpur. Filem yang bergenre SMART COMEDY ini dijangkan menghabiskan durasi penggambaran dalam masa 25 hari dan jangkaan tayangan pada suku pertama 2014.

IMG_3624

SINOPSIS 

Dua lelaki yang berada di berlainan dunia . Adam adalah CEO yang berjaya manakala Suffian seorang penghantar pizza yang bercita-cita jangka panjang adalah ingin bermain pool slp wak tu kerja. Namun satu insiden yang menyebabkan hidup dua lelaki ini berubah 360 darjah. Adam hilang segala-galanya selepas satu kes pecah amanah dan kehilangan jawatan dan kemewahan serta tunang beliau. Sufian pula mendapat kekayaan yang tidak pernah difikirkannya. Adam keliru dan berusaha mencari dalang kejatuhannya. Namun ada misteri disebalik apa yang berlaku, Adam dan Sufian akan berdepan dengan misteri itu.

CEOsmall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *