(HIBURAN) “DAPUR PANAS” MEMERIAHKAN SAJIAN BERBUKA PUASA ANDA

Dapur Panas (1) Hos Nik Michael dan Neelofa sedang berkongsi tip masakan

Ramadan pastinya kurang meriah tanpa program-program memasak TV3 khusus untuk tontonan semua dalam memberi idea untuk mempelbagaikan juadah berbuka puasa setiap hari. Pelbagai program masakan ditayangkan tapi DAPUR PANAS memberikan ciri-ciri yang berlainan daripada program masakan yang lain yang agak klise.

 dapur panassmall

DAPUR PANAS yang dihos oleh pengacara dan hos yang sedang ‘hot’ sekarang ini Neelofa dan Chef Selebriti muda yang sedang mencipta nama, Chef Nik Michael telah mula bersiaran pada  14 Julai 2013 pada jam 6.30 petang. Kedua-dua selebriti ini akan berkongsi idea memasakkan beberapa resepi istimewa khas untuk pasukan-pasukan keselamatan yang sedang bertugas termasuklah tentera darat, udara dan laut untuk sajian berbuka puasa. Neelofa dan Chef Nik Michael juga akan bersama-sama dengan mereka berbuka puasa merasai masakan yang disediakan itu. Lokasi menyediakan resipi ini dibuat di pelbagai tempat seperti di atas kapal tentera laut dan juga termasuk di kem kem tentera darat yang terpilih.

Istimewanya, menerusi program 30 minit ini, disamping memasak hidangan berbuka untuk parajurit negara ini,  penonton dapat belajar untuk menyajikan berbagai jenis resipi untuk dicuba di rumah. Antara resepi yang disediakan adalah Sambal Udang Petai Jantan, Puding Coklat, Danging Panggang Bersama Air Kerisik dan Pulut Mangga Manis. Hosnya yang muda, segak dan cantik serta terkini dapat menarik minat minat peminat yang lebih muda kerana rancangan memasak selalunya dihoskan oleh artis yang lebih berpengalaman dan lebih lama dalam bidang hiburan. Di akhir episod, Neelofa dan Chef Nik Michael bakal meraikan sambil memasak resipi istimewa dan berbuka puasa bersama pemain bola sepak negeri Kelantan.

Diterbitkan oleh 27th Pictures, jangan ketinggalan saksikan DAPUR PANAS bersama Neelofa dan Chef Nik Michael ini bermula pada 14 Julai, setiap Ahad jam 6.30 petang. Jika terlepas menyaksikan DAPUR PANAS di televisyen, penonton juga boleh menonton menerusi ‘catch-up TV’ menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet dengan melayari portal www.tonton.com.my pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *