(HIBURAN) DAYANG NURFAIZAH LANCARKAN ALBUM BAHARU

dig

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2017- Penyanyi popular yang telah meraih pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah melancarkan albumnya yang ke -lapan hari ini.

dav

Album yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul ini merupakan album pertama yang menampilkan kesemua lagu balada, yang mana setiap lagu mempunyai kisah dan emosi tersendiri. Album yang membariskan 10 lagu ini disempurnakan dengan tujuh (7) lagu baharu bersama tiga (3) lagu yang telah mencipta fenomena tersendiri iaitu “Di Pintu Syurga”, “Tak Pernah Menyerah” dan “Lelaki Teragung”. Ketiga-tiga lagu tersebut membawa Oayang Nurfaizah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu sehingga menjuarai AJL31 menerusi lagu Lelaki Teragung. Lebih istimewa album ini juga hadir dengan tiga trak istimewa yang menampilkan kehebatan vokal Dayang secara live di pentas AJL dan melayakkan beliau dianugerahkan Vokal Terbaik untuk tiga (3) tahun berturut-turut.

Inspirasi di sebalik pembikinan album ini ialah peminat Dayang sendiri, mereka yang mahukan Dayang mengalunkan lagu-Iagu berentak perlahan. Berdasarkan kejayaan single sulung untuk album ini, Dayang sudah dapat membaca apa yang peminat mahukan, yakni sebuah album balada sepenuhnya. Malah, album ini dianggap sebagai bingkisan istimewa buat peminat setianya yang banyak menjadi tulang belakang perjalanan kariernya, dari hari pertama dia menjejakkan kaki ke dunia seni hinggalah ke hari ini.

Untuk menyempurnakan album ini, Dayang mendapatkan kerjasama dari nama-nama besar juga pengkarya muda dalam industri rnuzik, balk dari pencipta lagu, penulis lirlk, penerbit, penggubah muzik dan puluhan pemuzik yang mempamerkan komitmen dan hasil kerja terbaik mereka. Antara yang terlibat ialah Ajai, Aubrey Suwito, Tam Spider, Omar K, Ezra Kong, Hael, Aizat Amdan, Iman Imran, Hazarni, Genervie Kam, Syed Syahmirr & Aepul Roza.

sdr

Setelah 15 tahun tidak menjalin kerjasama, kolaborasi Dayang Nurfaizah bersama Ajai dan Aubrey Suwito antara yang menjadi tarikan utama album ini. Maestro muzik, Ajai yang bertanggungjawab menulis trak hit sulung Dayang, “Seandainya Masih Ada Cinta” yang diselitkan menerusi album kedua Dayang lantas menjadi lagu yang berjaya meletakkan nama Dayang di atas peta dunia seni Malaysia. Melodi yang sayu dan meruntun sudah menjadi identiti Ajai dalam penghasilan lagu baladanya, dan ia dikekalkan menerusi dua (2) buah lagu di dalam album ini, “Separuh Mati Ku Bercinta” dan “Usah Dibilang Cinta”. Penerbit, penggubah muzik dan juga penulis lagu yang sudah meraih pelbagai anugerah, Aubrey Suwito pula menyumbangkan sebuah lagu istimewa buat Dayang, “Layarlah Kembali” yang menyaksikan kerjasama Aubrey bersama penulis lirik, Ad Samad.

Meraikan pelancaran album terbaru ini, Dayang turut tampil dengan satu showcase istimewa bertempat di Matic, Jalan Ampang pada 18 April 2017, yang mana menerusi persembahan ini dia akan mempersembahkan kesemua lagu yang terkandung di dalam album barunya itu. Tiket untuk persembahan eksklusif ini habis terjual dalam jangka masa yang cukup singkat.

Album terbaru ini sudah dilancarkan secara digital pada 7 April lalu dan berjaya menjuarai carta iTunes & top 10 Spotify Malaysia selain meraih sambutan luar biasa di Singapura dan Brunei. Album Dayang Nurfaizah telah mula dijual di semua kedai muzik dengan harga RM29.90.
Selepas 18 tahun terlibat dalam dunia muzik, album ini diharapkan menjadi salah satu produk terbaik dalam perjalanan karier Dayang, selain dijadikan antara rujukan terbaik dalam penghasilan karya baharu dalam genre yang sama.

“Saya hanya mahu berkongsi muzik saya bersama-sama peminat saya. Ini adalah hadiah istimewa buat mereka.”- Dayang Nurfaizah.

DAYANG NURFAIZAH SENARAI LAGU:

1. Layarlah Kembali (Composer & Producer: Aubrey Suwito / Lyricist: Ad Samad)

2. Usah Dibilang Cinta (Composer, Lyricist & Producer: Ajai)

3. LelakiTeragung (Composer: Natasya / Lyricist: {man lmran / Producer: Genervie Kam)

4. Nanti (Composer & Lyricist: 5yed 5yahmirr & Aepul Row / Producer: Genervie Kam

5. Di Pintu Syurga(Composer & Producer: Tam Spider / Lyricist: iman tmran

6. Separuh Mati Ku Bercinta (Composer, Lyricist & Producer: Ajai)

7. Takdir (Composer & Lyricist: Hazami / Producer.’Genervie Kam

8. Dia ( Composer, Lyricist & Producer: Omar K, Ezra Kong & Hael)

9. Tak Pernah Menyerah (Composer: Akid / Lyricist: Poji / Producer: Adi 6ixthcents

10. Dalam Diam (Composer & Producer: Aizat Amdan / Lyricist: Terry Safim

LAGUBONUS

11. Di Pintu Syurga (LIVEA JL29)

12. Tak Pernah Menyerah (LIVE AJL30)

13. Lelaki Teragung (LIVE AJL31)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *