(HIBURAN) De’Meises – Dengarlah Bintang Hatiku

Spread the love

IMG_0207

De’Meises merupakan sebuah kumpulan yang berasal dari Cianjur, Indonesia yang dianggotai oleh 4 orang anak muda iaitu Iman Lukman Asikin (Iman, vokal), Messias Mochammad Mahdi (Messi, Gitar), Neno Juliama (Neno, Bass), dan Moch. Riza Lesdiana Mulyana (Riza, Drum).

Perkataan “De” merupakan perkataan yang diadaptasikan dari Bahasa Inggeris iaitu “The” dan “Meises” pula bermaksud butiran coklat di dalam Bahasa Indonesia yang amat disukai oleh orang ramai. Dengan filosofi tersebut, maka lahirlah nama De’Meises dan dari situ, mereka ingin nama dan butiran-butiran nada yang dihasilkan oleh mereka juga disukai dan digilai oleh semua.

Nama baru dalam industri muzik di Malaysia yang berasal dari tanah seberang Indonesia ini juga telah tampil dengan single mereka yang bertajuk ‘Dengarlah Bintang Hatiku’ yang juga merupakan lagu tema bagi sebuah drama di Malaysia iaitu “Ijab dan Qabul”. Ketepatan pemilihan lagu ini sebagai lagu tema telah memberi impak yang besar terhadap lagu tersebut, ini kerana lagu ‘Dengarlah Bintang Hatiku’ seakan-akan menepati jalan penceritaan drama “Ijab dan Qabul”.

Di dalam sesebuah lagu amat bermakna jika lagu tersebut memberi seribu satu kesan yang mendalam dan ini yang ditampilkan di dalam single tersebut. De’Meises juga ingin menonjolkan keistimewaan bagi kumpulan mereka dari sudut pembawakan lagu dan penghasilan lirik. Ini terbukti di mana lagu ‘Dengarlah Bintang Hatiku’ menceritakan tentang perhubungan  cinta yang amat bermakna di mana ia menceritakan tentang harapan seorang kekasih untuk terus mempertahankan dan menjaga perasaan cintanya, walaupun pasangannya tidak sempurna. Lirik puitis dan romantis serta susunan muzik berentak pop ballad ini menjadi pemikat utama kumpulan De’Meises.

Kejayaan lagu ‘Dengarlah Bintang Hatiku’ tidak terhenti di arena drama sahaja, ini kerana di laman YouTube, lagu tersebut telah mempunyai lebih dari 5 juta tontonan dan 4 juta tontonan tersebut merupakan tontonan dari peminat mereka di Malaysia sahaja. Lagu hit mereka ‘Dengarlah Bintang Hatiku’ telah diterima ramai oleh warga tempatan dan juga Indonesia. De’Meises yang memiliki auranya yang tersendiri juga telah menambat hati para peminatnya melalui lagu ‘Dengarlah Bintang Hatiku’ hasil ciptaan Aida K. dan juga De’Meises sendiri dan  mereka telah berjaya meraih penjualan digital “ring back tone” melebihi 500,000 unit.  Di atas pencapaian yang gemilang ini Warner Music (M) Sdn Bhd dengan bangganya menyampaikan Anugerah Platinum Berkembar kepada De’Meises.

De’Meises yang berada di Malaysia dari 31hb Oktober hingga 8hb November ini juga sibuk dengan rangka promosi album mereka yang berjudul “Dengarlah”. Selain dari itu, pada 7 November ini De’Meises akan berada di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada jam 8.00 malam untuk jelajah IPT dan pada 8 November pula, De’Meises akan berada di Taiping Mall, Perak pada jam 1 tengah hari untuk Warner Music Malaysia & KKbox Tour. De’Meises juga akan menyertai beberapa barisan artis Warner Music Malaysia yang lain dalam jelajah IPT dan Warner Music & KKBOx Tour di Pulau Pinang dan Taiping tersebut.

Semoga dengan hadirnya kumpulan De’Meises dalam muzik nusantara, mereka akan terus berkembang pesat di Indonesia dan juga Malaysia.

Lagu “Dengarlah Bintang Hatiku” oleh De’Meises ini juga merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

 

Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:

 

Title Maxis Caller Ringtones Celcom Call Me Tones DiGi Caller Tunes U Mobile Colour Tones
Dengarlah Bintang Hatiku 351276 208255 1800773 531877

 

Cara-Cara Muat Turun:

 

Maxis Caller Ringtones           : Dial *131*<Kod># dan tekan call/send

Celcom Call Me Tones                        : Dial *888*<Kod># dan tekan call/send

DiGi Caller Tunes                    : Dial *233*<Kod># dan tekan call/send

U Mobile Colour Tones           : Dial *118*5*2*<Kod># dan tekan call/send


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *