(HIBURAN) ‘Diana Danielle – Tentang Kita’

Spread the love

Diana Danielle Danny Beeson atau lebih dikenali dengan nama Diana Danielle merupakan seorang model dan pelakon kacukan Melayu-Amerika yang tidak asing lagi di dalam industri perfileman negara kita. Beliau memulakan karier sebagai seorang pelakon  pada tahun 2002 dan telah membintangi pelbagai filem dan drama seperti Magika, Kami Histeria, Evolusi KL Drift, Janji Diana, Air Mata Maria, Hanyut, Gol & Gincu dan banyak lagi.

Masih tidak berhenti mengejar impian sebagai seorang pelakon kini Diana Danielle pula menceburi bidang nyanyian.  Beliau melancarkan single terbaru berjudul ‘Tentang Kita’ yang telah dicipta oleh Dj  Fuzz dan liriknya pula ditulis oleh Alabbas dan Muariffah. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainannya yang tersendiri serta melodinya mudah diingati. Sekali dengar pasti pencinta muzik tanahair  sudah boleh bersiul atau melagukan melodi tersebut. Lagu ini mengisahkan tentang cinta serorang gadis  yang merindui kekasih hati yang jauh. Sering merindui akan detik-detik manis apabila bersama. Manakala, liriknya pula amat mudah difahami serta sulaman melodi yang segar, bersesuaian dengan aliran muzik semasa. Genre muzik raggae pula menjadi pilihan Diana, kerana ia lebih rileks dan menepati citarasa beliau.

Kini, teristimewa untuk semua peminat Diana Danielle, nantikan, muzik video ‘Tentang Kita’ arahan Dick Wai di mana muzik video berkonsepkan “ala bohemian” dan penggambaran  tersebut mengambil masa hanya 1 hari sahaja yang bertempat di Sepang. Muzik video yang berdurasi lebih kurang 3.35 minit itu memaparkan  karakter Diana yang manja dan menceritakan pengembaraan beliau yang merindui detik manis bersama kekasih hati.

Pihak Warner Music Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Neway Karaoke Box Malaysia atas tajaan lokasi, Media Hiburan sebagai media rasmi dan kerjasama dengan pihak  Media Hiburan & Budiey yang telah menjalankan pertandingan bagi sesi ‘Meet And Greet’.

Khas buat peminat Diana Danielle, lagu ‘Tentang Kita’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd  ini boleh dimuat turun disemua digital platformiTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Untuk pautan selanjutnya bagi digital platform ‘Tentang Kita’: https://wmm.lnk.to/tentangkita


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *