(HIBURAN) DIDI ASTILLAH FIKIRKAN KAMU

Spread the love

image010small3

Didi Astillah – Itulah nama bagi gadis kecil molek yang memulakan perjalanan seninya dari usia semuda 3 tahun. Didi merupakan anak kelahiran Sandakan, Sabah yang kini berusia 18 tahun. Karier Didi dalam bidang seni bermula seawal usianya 3 tahun dimana beliau pernah tampil dengan sebuah album bertajuk “Adik-Adik Mutiara” bersama kakaknya Bella Astillah dan mereka juga pernah memiliki 10 buah album sejak itu.

Berbeza dengan mood lagu beliau sebelum ini, Didi kini tampil lebih segar dan matang dengan album yang berjiwa muda yang bertajuk “Didi Astillah”. Album “Didi Astillah” ini melibatkan komposer dan penulis lirik terkenal tanah air iaitu L.Y dan juga komposer dari negara seberang iaitu Posan yang juga bertanggungjawab atas lagu ‘Sayang’ nyanyian Shae. Kolaborasi antara dua komposer hebat ini telah menghasilkan lagu-lagu bertemakan cinta dengan pelbagai mood, lantas menjadikan “Didi Astillah” sebagai sebuah album penuh warna-warni dengan kisah percintaan.  6 buah lagu telah diputuskan untuk berada di dalam album ini dimana 3 buah lagu telah dicipta oleh L.Y dan 3 lagi hasil ciptaan Posan.

Lagu- lagu yang dimuatkan di dalam album “Didi Astillah” adalah:

  1. Pujaan Hatiku
  2. La la la, Aku Jatuh Cinta
  3. Fikirkan Kamu
  4. BFFku
  5. Stop Mencintaiku
  6. I Love You So

Single pertama Didi juga telah dipetik dari album “Didi Astillah” yang bertajuk ‘Fikirkan Kamu’, sebuah lagu rancak yang berentak pop dance. ‘Fikirkan Kamu’ merupakan sebuah lagu berkisar tentang perilaku kekasih yang curang terhadapnya. Hasil nukilan Posan yang dilengkapi dengan alunan suara Didi Astillah ini tentunya menjadikan ‘Fikirkan Kamu’ sebagai karya yang mampu menaikkan nama Didi ke persada yang lebih besar.

Sesuai sebagai single pertama daripada album ini, Didi bagaikan dilahirkan semula menerusi album yang dinamakan “Didi Astillah”. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album sulung beliau bersama Warner Music ini mengetengahkan evolusi muzik pop dance, suatu idea yang segar yang boleh dijadikan santapan halwa telinga.

Dengan namanya yang kian meningkat naik sejak menyertai program realiti TV, ‘Idola Kecil’ musim pertama anjuran TV9 dan ‘Kamilah Bintang’ terbitan Astro, Didi Astillah kini bersedia untuk melangkah lebih jauh!

Album “Didi Astillah” sudah boleh didapati di pasaran dengan harga RM23.90. Album “DIDI ASTILLAH” oleh Didi Astillah ini juga merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *