(HIBURAN) DILLA RAZAK – KAU DALAM DOA

Spread the love

Dilla Razak merupakan bintang baru kelahiran Kuantan yang bakal menjadi pelapis kepada penyanyipenyanyi sedia ada. Bakat baru berusia 23 tahun ini memulakan perjalanan seninya ketika di bangku sekolah lagi dengan penglibatan aktif dalam aktiviti nyanyian, lakonan, syair, sajak, gurindam, serta teater untuk negeri Pahang.

Keunikan Dilla Razak telah dibuktikan dengan lontaran vokalnya yang tinggi dan padu di dalam single pertamanya CAHAYA RINDU dan terkini single terbarunya ‘KAU DALAM DOA’ yang telah dilancarkan di Youtube pada 23 Jun 2023.

Single ini mengusung genre balada dengan melodi diciptakan oleh Jijoe dan lirik ditulis oleh Nada Jiwa. Lagu ini mengisahkan tentang kepasrahan seseorang yang telah ditinggalkan namun doa dan harapan untuk kembali bersatu tidak pernah putus. Dalam menciptakan lagu ini, komposer Jijoe telah mengambil pendekatan mencipta melodi dan mood yang menekankan emosi untuk menyerlahkan keupayaan vokal Dilla Razak yang sebenar.

Lagu ini telah dilakukan rakamannya di Raw69 Music Studio pada bulan April lalu. Penggambaran muzik videonya telah dijalankan pada bulan Mei lalu di Cherating, Pahang. Muzik video ini berkonsepkan unsur alam sebagai simbolik kepada doa dan kesetiaan.

Dengan pelancaran single Kau Dalam Doa, semoga bisa menambat hati pendengar dan memberi ruang untuk Dilla Razak bertapak dan bersaing di dalam industri seni suara serta membuka pintu peluang bagi karyawan seni muzik terus berkarya untuk kemajuan muzik tanah air.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *