(HIBURAN)  Malam Gala Tayangan Perdana Filem Ngesot

Spread the love

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Ngesot yang dihasilkan daripada dana DKD FINAS membawa tema “Survival Thriller”. Filem terbitan KASH PICTURES SDN BHD bertema “Survival Thriller” ini diilhamkan dari kisah benar, Nicholas Andrew, seorang penjawat awam Askar Wataniah yang mengharungi pelbagai kesusahan menyelamatkan dirinya dan juga rakannya selepas terlibat dalam satu kemalangan yang parah dan terperangkap dihutan selama beberapa hari. Kisah benar ini berlaku pada tahun 2014 di Tapah, Perak apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sebuah gaung. Tanpa makan dan minum selama 4 hari dan bersertakan luka yang penuh seluruh badan, beliau terpaksa mengesot di hutan tersebut dan berdepan pelbagai rintangan dan binatang buas untuk menyelamatkan dirinya.

Watak ini dilakonkan oleh pelakon popular Zul Huzaimy yang membawa watak Syazwan seorang lelaki yang memiliki semangat juang tinggi dan berjiwa besar, terpaksa berdepan dengan kesukaran selepas dia kemalangan dan terjunam di dalam hutan bersama rakan baiknya Syazwan. Sementara itu, isteri dan adik Syazwan, iaitu Nisa dan Suria melakukan yang terbaik untuk mencari mereka.
Bolehkah Syazwan menyelamatkan dirinya?

Pihak produksi KASH PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah diberi bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.

KASH PICTURES SDN BHD mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, ‘bloggers’, ‘influencers’, Tiktokers, Youtubers dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk mempromosikan filem Ngesot ini yang akan menemui penonton di seluruh pawagam yanah air bermula 09 Mei 2024.

FAKTA FILEM
Dihasilkan oleh : Kash Pictures Sdn Bhd
Penerbit : Prakash Murugiah, Mynn Lee
Diterbitkan Bersama : Temasek Studios
Teo Jason
Pengedar : Metrowealth (MiG)
Penerbit Bersama : Teo Jason
Pengarah : Ayez Shaukat
Judul : NGESOT
Genre : “Survival Thriller”
Pelakon Malaysia : Zul Huzaimy , Sharifah Sakinah, Luqman Hafidz, Khir Rahman,
Zakaria Zahid, Erynn Abdullah Dan Ramai Lagi..
Tempoh Penggambaraan: 14 hari
Jumlah Pawagam : 47
Lokasi Penggambaraan : Hutan Gombak , Kuala Lumpur
Tarikh Tayangan : 09 Mei 2024


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *