(HIBURAN) EJEN ALI THE MOVIE – KEKAL NOMBOR #1!  – RAIH RM30 JUTA DALAM MASA 6 MINGGU!

Spread the love

KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2020 – Aksi seorang budak berusia 12 tahun yang direkrut menjadi ‘ejen’ untuk sebuah agensi perisikan menerusi filem animasi terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation, EJEN ALI THE MOVIE berjaya mengungguli carta perfileman tempatan dengan meraih kutipan RM30 juta dalam masa 6 minggu tayangan, sekaligus melakar sejarah sebagai produksi animasi tempatan paling laris bagi tahun 2019.  Kejayaan luar biasa  ini diperolehi dari hasil sokongan padu penggemar filem dan peminat Ejen Ali yang telah beberapa kali menonton filem tersebut di pawagam sejak dari hari pertama tayangannya, iaitu pada 28 November 2019.

Filem  EJEN ALI THE MOVIE yang mula menguasai pawagam tempatan sejak musim cuti persekolahan yang lalu telah bersaing hebat dan berjaya menandingi filem-filem popular antarabangsa yang lain. Rentetan dari kejayaan ini, tahun 2019 telah diangkat sebagai ‘Tahun Animasi Malaysia’ dan filem EJEN ALI THE MOVIE tampil sebagai filem animasi tempatan nombor #1 di Malaysia serta nombor #3 bagi kategori kutipan filem tertinggi sepanjang tahun.

Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios berkata, “Primeworks Studios berjaya mencipta sejarah baru hari ini dengan kejayaan filem EJEN ALI THE MOVIE. Saya percaya bahawa pencapaian ini bukan sahaja berjaya mengetengahkan potensi serta bakat-bakat baru dari WAU Animation bahkan ianya juga dapat membuktikan kredibiliti industri perfileman dan animasi Malaysia dalam menghasilkan karya berkualiti tinggi yang mendapat sokongan padu dan menjadi kebanggaan penonton. Terima kasih kerana menyokong dan menjadikan filem EJEN ALI THE MOVIE sebagai filem animasi nombor satu dan filem animasi ketiga terbesar sepanjang tahun.

1 Januari 2020 menjadi tarikh istimewa bagi semua peminat EJEN ALI di Indonesia apabila filem EJEN ALI THE MOVIE mula ditayangkan di 101 lokasi di serata negara iaitu di CGV, Flix, Platinum, Kota Cinema, dan pawagam Cinépolis yang terpilih. Respon yang diberikan oleh penonton Indonesia di laman sosial amat positif dan filem ini juga mendapat pujian yang sangat bagus dari Tere Liye, salah seorang novelis dan pemuisi terkenal Indonesia.

Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation menambah, “Kami sangat teruja menyaksikan kejayaan filem EJEN ALI THE MOVIE kerana waktu pertama kali kami merangka konsep EJEN ALI dan dunia perisikannya, kami pernah membayangkan kisah Ali akan dikongsikan ke layar perak. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menonton filem ini di pawagam dan kepada semua yang telah berkongsi pengalaman menonton filem ini dengan rakan-rakan serta keluarga. Terima kasih di atas komen positif anda, terima kasih kerana menjadikan mimpi kami sebagai satu realiti!”

Peminat juga boleh mendengarkan skor lagu dari filem EJEN ALI THE MOVIE menerusi laman YouTube, Apple Music, Spotify, Joox dan Deezer. Antara lagu hit dari album runut bunyi filem ini adalah Bukalah Matamu, Kita Jaga Kita, Mamak Maju dan Mama (Di Hatimu).

EJEN ALI THE MOVIE dikuasakan oleh Tenaga Nasional Berhad dengan kerjasama Mydin dan PediaSure masih memberi saingan sengit di pawagam Malaysia dan Indonesia yang terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai EJEN ALI THE MOVIE, layari:

#EjenAliTheMovie  #EjenAli #AniMY

###


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *