(HIBURAN) Filem ” Apa Celop Toqq “

Spread the love

Arahan: AHMAD IDHAM
Skrip: AZWAN ANNUAR
Pelakon : Hazama Azmi,Intan Ladyana,Azad Jazmin,Taiyuddin Bakar,Elly Feliziana
Tarikh Tayangan: 25 OKTOBER 2012
SINOPSIS
HAZAMA seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan.
Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu.
Selepas itu, kehidupan HAZAMA berubah apabila bertemu dengan ABANG SAMAD, seorang lelaki yang hidup keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI meminta bantuan teman wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada BLACK.
Masa berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan ABANG SAMAD, sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari. Bila dimasukkan ke wad, HAZAMA terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh ABANG SAMAD.
TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA, apabila JUITA mengajakkan bertemu dengan kakak sepupunya, LAILA. Mengenangkan persahabatan di antara mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. Dipertemuan itu, HAZAMA bertemu buat kali pertama dengan LAILA.
HAZAMA merakamkan lagu, atas sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ. Tanpa disangka, lagu nyanyian HAZAMA mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu, terdapat kisah sedihnya.
Apa yang berlaku kepada ABANG SAMAD. Bagaimana pula hubungan TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA dan HAZAMA. Dapatkah HAZAMA mengejar cita dan cintanya. Nantikan APA CELOP TOQQ di pawagam tidak lama lagi.

Penampilan Hazama Dan Intan Ladyana Dalam Video Klip ‘Aku Mau Dia.’
Dalam usaha mempertingkatkan promosi dan kesedaran peminat mengenai filem terbaru terbitan Excellent Pictures, iaitu Apa Celop Toqq yang akan ditayangkan bermula 25 oktober ini, muzik video untuk lagu tema filem ini, ‘Aku Mau Dia,’ menampilkan Hazama, selaku penyanyi, sudah boleh ditonton di youtube MyExcellentPictures juga di televisyen.
Selain dari itu, sedutan babak-babak filem ditayangkan secara eksklusif dalam muzik video ini, dalam menambahkan rasa keterujaan peminat yang tidak sabar menantikan filem pertama Hazama di layar perak, Apa Celop Toqq, selepas menjuarai rancangan realiti nyanyian untuk musim lalu.
Muzik video ‘Apa Celop Toqq,’ telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur, seperti Jalan Ampang dan Jalan Bukit Bintang.
Berkaitan filem Apa Celop Toqq yang akan ditayangkan pada 25 oktober ini, mengandingkan Hazama dan Intan Ladyana, buat pertama kalinya. Selain itu, Azad Jazmin, Taiyuddin Bakar dan Shenthy Feliziana juga terlibat dalam filem arahan Ahmad Idham ini, yang menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur pada Februari 2012 yang lalu.
‘Aku Mau Dia’ digubah oleh Jasnie Yaakob dan lirik oleh Brenda Anura ini dipilih untuk menjadi lagu tema, kerana difikirkan sesuai dengan jalan cerita Apa Celop Toqq iaitu genre komedi, manakala pemilihan Hazama selaku penyanyi kerana dia memahami watak dan jalan cerita filem ini.
Akan mula ditayangkan bermula 25 oktober di 67 pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura, Apa Celop Toqq diharap dalam meneruskan kejayaan sinema Malaysia seperti Hantu Bonceng, Mael Lambong, terbitan Excellent Pictures, manakala yang terbaru Hantu Kapcai, terbitan Showbiz Productions, anak syarikat KRU Studios.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *