(HIBURAN) Filem Balistik

Spread the love

IMG_3974GMO

Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan. Filem yang diterbitkan oleh produksi milik pelakon terkenal, Rosyam Nor  iaitu Suhan Movies ini bakal memeriahkan industri perfileman tempatan. Filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato’ Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.  

balistikSMALL

Sinopsis

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.

Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.


Spread the love

Comments are closed.