(HIBURAN) FILEM BIKERS KENTAL 2

Ditayangkan pada 2013, filem Bikers Kental medapat sambutan menggalakkan oleh penonton-penonton di pawagam. Kesinambungan dari sambutan yang menarik tersebut, filem arahan Helmi Yusof ini dilanjutkan kepada Bikers Kental 2 dengan membariskan wajah-wajah kental seperti Awie dan Zizan Razak.

Dijadualkan akan memulakan penggambaran pada  12 Mac 2016, filem  ini turut dilakonkan oleh OLEH pelakon-pelakon  hebat iaitu Amerul Affendi dan Ayie Kushairi, Adlin Aman Ramli & pelakon – pelakon thailand. Chemistry yang dipamerkan oleh kedua pelakon ini melalui Teater Bikers Kental yang dipentaskan di Istana Budaya pada Januari 2016 akan diteruskan lagi ke dalam filem.

Menurut pengarah filem Bikers Kental 2, filem ini disambung selepas melihat sambutan hangat yang diberikan oleh penyokong industri filem tempatan.

“Perancangan awalnya, filem Bikers Kental 2 dilakukan sejurus sahaja filem pertama ditayangkan. Namun oleh kerana pada tahun 2014 dan 2015 memperlihatkan industri filem tempatan mendapat kutipan dan sokongan yang kurang memberangsangkan, maka ia dilanjutkan tahun penggambaran. Kami menunggu masa yang sesuai untuk melalui proses penggambaran yang seterusnya ”, ujar Helmi Yusof selaku sutradara.

“Pihak produksi dan para pelakon cukup bersemangat untuk meneruskan Bikers Kental 2 kerana melihat kepada permintaan dari peminat motosikal dan peminat dari bikers kental 1 khususnya terhadap kesinambungan filem ini. Malah memang ramai yang bertanya bila filem ini akan disambung semula,”ujar Helmi Yusof lagi.

Bakal menjalani penggambaran di sekitar Danok, Songkla, Hatyai, Trang dan Phuket,  Helmi Yusof yakin bahawa filem ini akan terus mendapat dokongan padu masyarakat tempatan khususnya peminat sukan & hobi permotoran.

Pihak produksi MRB Network Sdn Bhd & Califwork Sdn Bhd cukup berbesar hati dengan kehadiran Ybhg Tan Sri Alies Anor bin Abdul selaku Pengerusi Prima dan Pengerusi PWTC yang hadir merasmikan filem Bikers Kental 2 malam ini di Palace Of The Golden Horses, Serdang.

SINOPSIS FILEM BIKERS KENTAL 2

Dimulakan dengan Pornthaliwat yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dan disambut oleh Al Buqerk. Pornthaliwat bertanya mengenai Bidin tetapi sehingga sekarang, Al Buqerk masih tidak berjaya menjejaki Bidin. Mereka diculik oleh Khunna, ketua mereka. Khunna meminta wangnya dikembalikan dan menembak mati Pornthaliwat untuk mnegugut Al Buqerk.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Bidin masih bekerja di Red Garage yang kini telah diambil alih oleh adik kepada Aidil iaitu Aidid selepas Aidil berhijrah ke Los Angeles untuk mengejar impiannya bertemu dengan Paul Senior. Bidin merancang untuk melawat Cherry dan keluarganya di Hatyai untuk berkenalan dengan lebih dekat sebelum melamar kekasih hatinya itu. Bidin mengajak Eddie menemaninya tetapi Eddie tidak dapat menyertai Bidin memandangkan terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikannya di Kuala Lumpur. Eddie hanya dapat menyertai Bidin beberapa hari kemudian.

Bidin akhirnya bergerak seorang diri ke Hat Yai. Semasa di dalam perjalanan, beliau singgah di Dannok untuk berhenti makan tetapi dikejar Al Buqerk yang ternampaknya. Bidin berjaya melepaskan diri dan menyambung perjalanannya ke Hat Yai.

Segalanya bermula dengan perjalanan semula Bidin di Thailand. Nantikan filem Bikers Kental 2 yang akan memulakan proses penggambaran pada bulan Mac ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *