(HIBURAN) Filem Francais Singapura Terlaris “Ah Boys to Men 4” kembali ke pawagam Malaysia.

Spread the love

Kuala Lumpur, 20hb Nov – Filem keempat “Ah Boys to Men” (ABTM) muncul kembali di pawagam. Tayangan perdananya  berjaya meraih SG 2.55 juta (RM 8 juta) dalam seminggu sejak ditayangken pada 9hb November yang lalu.

Dua tahun selepas keluaran terakhir, Jack Neo mengarah kumpulan pelakon yang sama ke layar perak sempena ulang tahun Servis Nasianal Singapura yang ke 50. Jack Neo serta pelakon-pelakon utama Tosh Chang, Wang Wei Liang, Joshua Tan, Noah Yap, Hafiz Azizi, Maxi Lim, Jaspers Lai, Ryan Lian dan pelakon wanita terbaru Apple Chan akan mempromosikan filem tersebut di Malaysia daripada 20hb sehingga 22hb November.

Sekuel Yang Penuh Cabaran

“ABTM 4” mengisahkan kepulangan teruna teruna angkatan tentera yang dipangil untuk latihan dalam kem di bawah Armored formatian of the Singapore Armed Forces. Pengarah Neo mengatakan bahawa mereka banyak mengalami kesusahan dan masalah untuk membikin filem ini. Bajet permulaan untuk filem tersebut adalah sebanyak SG$ 2.5 juta tetapi ia telah meningkat sebanyak 5G5700,000.

“Namun, cabaran yang terbesar kami hadapi adalah keadaan cuaca. Amat susah untuk ditentukan dan pihak tentera mempunyal peraturan peraturan yang amat ketat di mana latihan tidak boleh dilaksanakan Jikalau ia terlalu panas atau terlalu lembap, dan ini menghadkan masa perfileman, katanya antara mereka dan elemen-elemen lain seperti cabaran cabaran latihan tentera, keluarga dan cinta. “Di Singapura, semua lelaki semestinya mengalami Servis Nasional, Pengarah Neo berkata “ADTM 4” masih bertumpuan kepada keakraban persahabatan  dan ramai yang ingin tahu mengenai unit ini. Kali ini, saya telah memilh SAF Armour Unit sebagai tema” tambahnya.

AH BOYS TO MEN 4

Tarikh Tayangan: 23 November 2017

Sarikata: Melayu, Inggeris, Cina.

Bahasa : Inggeris, Mandarin

Genre: Komedi

Pengarah: Jack Neo

Pelakon: Tosh Zhang, Wang Wei Liang, Joshua Tan, Maxi Lim, Noah Yap, Jaspers Lai, Charlie Goh, Ryan Lian, Apple Chan, Ben Logan SNG, Kishan J, Hafiz Aziz, Foo Chay Yeow, Hanrey Low.

Sinopsis:

Filem box office paling berjaya di Singapura kini kembalil Setelah menamatkan latihan khidmat negara secara sepenuh masa, Lobang, Aloysius, Sergeant Ong, and Ken Chow masing-masing mula sibuk dengan kehidupan mereka sebagai orang awam. Apabila mereka dipanggil semula untuk terlibat kembali dalam latihan bersama unit ketenteraan Singapura (SAF Armour unit), mereka terpaksa bertungkus lumus untuk mmembahagikan masa antara bekerja dan berkhidmat untuk negara. Pelbagai situasi melucukan berlaku apabila Ancaman musuh timbul dan semangat persaudaraan mereka diuji.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *