(HIBURAN) Filem ‘LEMAK KG SANTAN’

Spread the love

LKS notebook-smallcropRSZ

 Filem terbaru arahan sutradara Hans Isaac yang berganding dengan Neelofa sebagai teraju utama.

lemak pisangSMALL

Lemak  Kampung Santan mengisahkan  tentang  seorang  pemuda bandar,  Ridzuan (Hans Isaac), yang jatuh  cinta dengan seorang  gadis kampung yang bernama Tiqa.  Sekali  imbas,  filem ini  mungkin kelihatan  seperti  kisah  cinta  tipikal  si kaya jatuh  cinta  dengan si miskin.  Apa yang tidak  tipikal  tentang filem  ini adalah misteri  yang menyelubunginya. Ridzuan  merupakan  seorang  pereka  binaan  untuk sebuah syarikat  pembangunan terkemuka  di tanah  air. Manakala  Tiqa  (Neelofa) pula seorang  penjual  nasi lemak  di kampungnya,  Kampung Santan. Pertemuan  pertama mereka  berlaku  tanpa diduga di Kampung Santan.  Tanpa mereka  sedari,  mereka senang  dengan diri masing-masing  walaupun  hanya pada  pertemuan  pertama biarpun  pada dasarnya  mereka adalah  dua insan  yang berbeza. Apa  yang tidak diketahui  Tiqa  adalah  Ridzuan merupakan  ketua  projek  yang akan membina  sebuah  resort bertaraf  antarabangsa  di Kampung Santan  dan memaksa  semua penduduk Kampung Santan  untuk berpindah.  Sepanjang perkenalan  mereka Ridzuan cuba menyembunyikan  kenyataan  yang perit ini demi  menjaga  hati  Tiqa  dan penduduk lain kerana  dia sudah mulai  jatuh hati pada  gadis itu. Tiqa  juga tidak diberitahu  tentang kewujudan  Sofia (Natasha Hudson), kekasih Ridzuan  di Bandar yang juga terlibat dalam  projek  pembangunan Kampung Santan.  Dalam projek  ini, Sofia dibantu oleh  Badrul (Khir  Rahman). Tiqa,  ayahnya  Pak Wan (Harun Salim  Bachik), Abu (Awie)  dan penduduk lain menentang  projek  tersebut dengan bersungguh-sungguh. Mengapa? Adakah  hanya  Ridzuan sahaja  yang menyimpan  rahsia  dari  Tiqa? Atau  adakah  Tiqa  juga menyimpan  rahsia  tentang  Kampung Santan  dari Ridzuan? Persoalannya,  siapa  menipu siapa?


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *