KUALA LUMPUR, 4 Mei 2026: Legenda rock tanah air, Dato’ Awie, bakal mengukir satu lagi sejarah menerusi konsert berskala mega AWIE ROCK KING – LAST MAN STANDING 2026 yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 September 2026 ini. Konsert berskala mega anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate Media ini akan menampilkan persembahan solo epik Dato’ Awie yang akan menghimpunkan empat dekad perjalanan kerjaya beliau sebagai penyanyi dan artis rakaman profesional dalam industri muzik tanah air. Read more →
Tag: Awie
(HIBURAN) Awie Rock King – Last Man Standing 2026 Gegar Stadium Merdeka Dalam Konsert Solo Terbesar & Epik 40 Tahun Awie.
(HIBURAN) MR.DIY Raikan Ulang Tahun ke-20 dengan Konsert Gempak Bertaburan Bintang di Stadium Merdeka
MR.DIY kini berusia 20 tahun — dan mereka meraikannya dengan konsert langsung paling hebat di bandar! Sempena ulang tahun ke-20, MR.DIY akan menganjurkan sebuah konsert mega pada hari Jumaat, 11 Julai 2025, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Ia bakal menjadi malam yang penuh muzik, sambutan dan kenangan yang tidak akan dilupakan. Read more →
(HIBURAN) Kemuncak 30 tahun Wings
Kata Awie “Wings tidak pernah bubar, cuma bertukar anggota” …kata-kata tersebut mengambarkan keuntuhan perjuangan kumpulan muzik rock terkemuka tanah air ini. Hampir 30 tahun melawan arus masa, naik dan turun perjuangan mereka, pahit dan manis dikongsi bersama menjadikan mereka antara kumpulan muzik muzik rock yang unggul di persada arena muzik tempatan. Semenjak tahun 1985 sehingga 2015, kumpulan Wings telah bertukar anggota beberapa kali dan kini Awie, Joe, Eddie dan Black menjadi anggota terkini yang masih kekal mengemudi kumpulan Wings. Read more →
(HIBURAN) Konsert Lagenda (Jelajah Rock)
Idearts Creativo dengan kerjasama PLG (Park Lane Group of Company) bakal mengegarkan Malaysia dengan Konsert Lagenda (Jelajah Rock) tidak lama lagi. Dengan meletakkan barisan artis rock yang tidak asing lagi, Konsert Lagenda ini akan menjelajah ke seluruh Malaysia bermula Mei ini sehingga penghujung 2015. Antara barisan artis yang akan sama-sama dalam siri jelajah ini adalah Datuk Ramli Sarip, Awie, Mus May dan ratu rock Malaysia iaitu Ella. Selain dari mereka, Man Kidal akan turut serta dalam jelajah ini dan akan mengetuai kumpulan pemuzik sepanjang jelajah rock ini berlangsung. Read more →
(HIBURAN) “SUPERMOKH Sebuah Muzikal Restaging” kembali ke Istana Budaya
Berbekalkan restu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Datin Tengku Zarina dan keluarga Allahyarham Mokhtar Dahari, serta di atas permintaan ramai, Tall Order Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Jugra Publications Sdn Bhd sekali lagi akan membawa pementasan SUPERMOKH Sebuah Muzikal yang berjaya mencatat 17 persembahan sold out kepada anda. Muzikal yang pertama kalinya dipersembahkan pada November 2013 ini meriwayatkan kisah hidup salah seorang ikon kesayangan Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari, pemain bola sepak terunggul yang digelar ‘SuperMokh’ oleh peminat-peminatnya. Read more →



