(HIBURAN) Filem Rentap Mempertaruhkan Bakat Muda

Spread the love

DSC_8478gmo

Gala filem Rentap mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada kehadiran orang ramai ke majlis tersebut yang telah diadakan di Berjaya Times Square. Para pengunjung dihiburkan dengan persembahan kumpulan One Buck Short dan aksi akrobatik kumpulan Parkour AOXM.

 poster_small

Filem Rentap adalah sebuah filem aksi komedi. Ia mengisahkan dua beradik Rashdan (Zahiril) & Rashid (Syafie) yang mempunyai minat yang mendalam dalam sukan ‘Parkour’ . ‘Parkour’ adalah sukan lasak yang memerlukan seseorang itu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan cara yang paling cepat. Fokus penceritaaan filem ini adalah tentang bagaimana mereka harus mempercayai kebolehan mereka bagi menyelamatkan orang tersayang.

unnamed (1)

Bagi menjayakan aksi kareografi yang licik, filem ini telah menggunakan khidmat pengarah aksi lasak daripada Indonesia, Volland Zulfikar Humonggio. Kepakarannya dalam seni pertahanan diri memberi Volland kelebihan untuk menempa popularitinya sebagai pelakon sehingga beliau dinobatkan sebagai Best Newcomer di Indonesian Movie Award 2008.

Bersesuaian untuk cuti sekolah, filem ini akan berada di seluruh pawagam pada 4 Disember.

unnamed (2)

GSC Movies Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Golden Screen Cinemas Sdn Bhd. Sebagai pengedar filem tempatan dan antarabangsa, GSC Movies telah mengedarkan beberapa filem seperti Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan 1 & 2, Husin, Mon & Jin Pakai Toncet dan banyak lagi.

unnamed

Double Vision mempunyai lebih 20 tahun pengalaman operasi Filem dan TV. Ia beroperasi di pelusuk rantau ini termasuk di Indonesia dan Filipina dan telah meraih pelbagai anugerah, di antaranya seperti sitcom Kopitiam, filem ‘ Sini Ada Hantu’,  ‘Ah Long Pte Ltd’ yang mencatat rekod box-office. Kini, Double Vision bekerja dengan penerbit dan pengarah filem yang berpengalaman di rantau ini untuk memastikan penerbitan filem bermutu ditayangkan di panggung setiap tahun.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *