(HIBURAN) Filem tempatan yang telah memenangi empat anugerah antarabangsa C144 Human x Nature, kini berada di pawagam terdekat anda

Spread the love

C144 Human x Nature, sebuah filem tempatan yang telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa kini telah dimainkan secara eksklusif di pawagam. Diilhamkan daripada peristiwa sebenar nahas pesawat AS 1945 di Malaysia, ia adalah sebuah filem yang mengisahkan tentang Jason dan Kamal yang telah menemui berita mengenai bangkai pesawat tentera Amerika bernama C-47B yang terhempas di Malaysia pada tahun 1945. Setelah menemui berita tersebut, kedua-dua mereka telah melakukan perjalanan “eksklusif” ke tapak nahas yang tidak lama kemudian bertukar menjadi pengalaman yang mengerikan bagi mereka semua.

Tayangan khas C144 telah diadakan di GSC Paradigm Mall dengan kerjasama Mah Meri Cultural Village dan GSC. Tayangan khas tersebut telah dihadiri oleh pengarah filem C144, Jack Wong dan penerbit filem C144, Aaron Lim serta barisan pelakon C144 iaitu, Jackson Lee, Nor Mikhail, Shaun Liew, Ibrahim Edward, Jasmine Kaar, DyVianna James, Syahrom Manap, Tam Loong Wah, Kapten Jivarajan dan Rashid Esa. Beberapa tetamu seperti wakil daripada AEON Mall, CIMB dan ramai lagi turut menghadiri tayangan khas tersebut.

Dengan dijadualkan untuk mengadakan tayangan perdana di Hollywood pada April ini, C144 telah pun memenangi empat anugerah antarabangsa; “Filem Terbaik dalam Alam Semula Jadi/Persekitaran/Hutan Liar” dalam Karnival Filem Dunia Singapura 2021, “Penulis Terbaik” dalam Festival Filem Alternatif Kanada 2020, “Sinematografi Terbaik” dalam Festival Filem Eropah Sinematik 2021 dan “Filem Cereka Terbaik” dalam Festival Filem Eropah Timur 2020

Selain Hollywood, filem ini juga sedang dalam proses mempromosikan filem tersebut ke negara lain. Pada masa ini, terdapat 12 negara seperti Jepun, Korea, China dan beberapa lagi negara Eropah yang berminat untuk menayangkan filem ini di negara mereka.

Dalam dua tahun yang akan datang selepas C144, Redboy Pictures akan menjalankan dua projek baru yang bertajuk “Metropolitan” yang akan dihasilkan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan “Kenyir” dengan kerjasama Tentera Darat Malaysia.

Dengan harapan untuk membawa filem tempatan Malaysia ke peringkat antarabangsa, filem C144 bakal melakar sejarah bagi industri filem tempatan dengan tayangan perdana di Hollywood April ini.

C144 Human x Nature kini telah ditayangkan di pawagam GSC, TGV, MMCineplex, LFS, Paragon Cinema, City Cineplex dan Eastern Cineplex yang berdekatan dengan anda.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *