(HIBURAN) Filem Terbaru 2016 ‘MAT MOTO’ – ‘KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT’

Spread the love

2f794e8c-98bb-45ef-994b-c452f9222953

Tidak dinafikan, sudah banyak kisah mengenai permotoran yang telah diadaptasi ke layar perak. Kini, sebuah lagi filem bercorak permotoran yang dihasilkan berjudul Mat Moto dengan menggunakan tagline ‘Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit’.

9c472c2c-c9de-4f69-9b03-fe8edc46acc2

8baedb90-69b1-4ecb-b842-884dc2a301cb

08e404e0-7dc9-43ca-9349-868e7772bb72

5b267360-9e3f-4bda-b158-adaad5a1806d

7cb1b30d-6cb6-4e61-a9a1-2ab6000ba163

3d6af5f3-207e-4b4b-8593-5ad04286881c

Merupakan kolaborasi antara Pekin Ibrahim selaku Pengarah serta Syafiq Yusof yang bertindak sebagai Pengarah Bersama, filem terbitan Skop Production Sdn. Bhd., Viper Studios dan Fimtab Professional Film diterajui oleh Pekin dan Felisha Crossley.

Bagaimanapun, Mat Moto juga turut menampilkan keunikan yang tersendiri apabila terdapat beberapa artis popular lain turut membintangi filem ini. Antaranya seperti Shaheizy Sam, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Syamsul Yusof dan Kamarool Hj. Yusof.

Mat Moto mengisahkan lelaki bernama AL yang juga merupakan seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang telah mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat sahabatnya, Spark yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya..

40b7a9df-1aa5-4a9f-87ef-2d5a6569473f

61a78dc8-3bba-4e56-9715-17fb94afcbf9

82ed97d1-9308-4ee8-b22a-7b0b1a0ceda0

82fa07d6-4b3a-4a2c-8d81-ab8ed87043f5

95c0154f-00bb-4bef-8fdd-8e963423a89b

847bf2e9-314a-4294-9843-4a444b969866

Hajat AL dalam pengembaraan tersebut adalah untuk memiliki 4 jenis helmet ‘rare’ yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air.

Dalam masa yang sama Sikha, seorang pelajar praktikal di pejabat AL telah mengikutinya dalam pengembaraan AL untuk mencari keempat-empat helmet tersebut dan ketika itulah bermula bibit cinta diantara mereka.

6544f75e-7d1a-4c65-a8c0-1282e7dba4dd

60561a54-ea7e-4c66-b5c7-7ed59338ca08

72976d8d-da05-47fc-b0ff-566f1482c5b9

73369bea-b3c9-4e74-a35a-984eeca2733a

12695617-09d1-45e5-905d-d0e946d0f048

d2cec6bf-c290-4fc9-9394-2b207dd8d1d3

Malangnya, hubungan mereka terhalang disebabkan satu peristiwa yang dirahsiakan oleh Sikha.

Apakah  kesudahannya? Berjayakah mereka menamatkan pengembaraan untuk mencari helmet itu? Semuanya akan dapat disaksikan dalam filem Mat Moto yang akan ditayangkan di pawagam pada 14 Januari 2016.

Barisan pelakon Mat Moto

 

Pekin Ibrahim                   sbg         AL

 

Felisha Crossley               sbg         Sikha

 

Datuk Rosyam Nor          sbg         Sharul

 

Shaheizy Sam                    sbg         Acai

 

Syamsul Yusof                  sbg         Mus

 

Faizal Hussein                   sbg         Pit

 

Kamarool Hj Yusof          sbg         Farouk

 

Zul Huzaimy                       sbg         Spark

 

Cat Farish                            sbg         Macha

 

Hakim Nawawi                 sbg         Bangcik

 

Nazri Nawawi                    sbg         Osman

d56e8dd2-e520-42de-bee3-4617b4f0755e

d230235e-de31-4547-bd3a-d076693c93b6

d6900564-fdd5-4044-9140-95c464f2dd75

f400b5e8-4187-42cd-808a-2bde0ceb7447

fdaf4c64-8581-4936-ba7a-c4ad061b66d1

fe342a2d-2222-4e05-9aa3-cf32dc47568f

YouTube Trailer:  https://www.youtube.com/watch?v=cAZaaIlyVyU

Facebook rasmi: https://www.facebook.com/filemmatmoto2016/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *