(HIBURAN) FLY BY NIGHT : SEBELUM PAGI BERAKHIR – ‘Paparan Jenayah Sekumpulan Pemandu Teksi’

Spread the love

Tidak dapat dinafikan bahawa naskhah filem-filem yang bercorak aksi dan jenayah dengan penerapan elemen-elemen drama sentiasa digemari penonton.

Atas sebab itu, syarikat produksi PLANET FILMS SDN. BHD. mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah filem berjudul Fly By Night – Sebelum Pagi Berakhir.

Memaparkan kisah tentang sekumpulan pemandu teksi yang melakukan jenayah dengan mengugut penumpang, ia diarahkan oleh seorang pengarah iklan iaitu Zahir Omar.

Bagi Zahir Omar, idea untuk menghasilkan filem ini timbul kira-kira tujuh tahun lalu memandangkan dia seorang penggemar nashkah filem bergenre neo-noir (genre filem misteri dan drama jenayah).

“Sepanjang tempoh tersebut, saya memikirkan jalan cerita yang bersesuaian dengan kehidpan sosial rakyat Malaysia.

“Akhirnya, saya memilih untuk mengetengahkan kisah pemandu teksi memandangkan mereka lebih dekat dengan masyarakat serta merasai pelbagai pengalaman hidup,” ujarnya.

Fly By Night – Sebelum Pagi Berakhir dibintangi oleh barisan pelakon seperti Sunny Pang, Bront Palarae, Fabian Loo, Eric Chen, Jack Tan dan Joyce Harn.

Ia menjalani penggambaran pada bulan Januari 2018 di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang selama 23 hari.

Mengenai cabaran sepanjang pembikinan filem ini pula, Zahir memberitahu selain kali pertama mengarah filem, penggunaan bahasa juga memberikan cabaran tersendiri buat dirinya.

“Dalam filem ini, 70 peratus menggunakan bahasa Mandarin dan selebihnya bahasa Melayu. Malah, saya cuma mahir sedikit dalam bahasa Hokkien dan Kantonis.

“Bagaimapun, saya lega kerana barisan pelakon telah berhasil menjayakan watak yang diberikan serta memenuhi setiap yang saya inginkan dalam penjiwaan watak masing-masing,” ujarnya yang sebelum ini menjadi pengarah untuk beberapa buah iklan di Malaysia serta luar negara.

Sementara itu, salah seorang pelakon utamanya iaitu Bront Palarae pula menyatakan dia tertarik untuk membintangi filem berkenaan kerana jalan ceritanya yang segar.

Ujarnya, tidak ada sebab untuk dia menolak berlakon di bawah arahan Zahir Omar memandangkan dia sudah lama mahu bekerja dengan pengarah tersebut.

“Saya memang ingin bekerjasama dengannya setelah menonton karya filem pendek Zahir iaitu K-Hole yang memenangi anugerah BMW Shorties pada tahun 2007.

“Sepanjang kami bekerjasama semuanya berjalan lancar dan dia seorang pengarah yang bagus. Visinya sangat jelas dan citarasanya sangat bagus,” ujar Bront.

Filem Fly By Night – Sebelum Pagi Berakhir akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 11 APRIL 2019.

SINOPSIS

Fly By Night – Sebelum Pagi Berakhir berkisar tentang sekumpulan empat orang pemandu teksi yang melakukan kegiatan memeras ugut penumpang yang diambil dari lapangan terbang. Kumpulan ini diketuai oleh Tai Lo (Sunny Pang) dan dianggotai oleh adiknya Sai Lo (Fabian Loo), bekas banduan Ah Soon (Eric Chen) dan pemuda pintar yang penuh misteri Gwai Lo (Jack Tan). Mereka memilih penumpang yang kaya dan mempunyai banyak wang dijadikan sasaran. Namun sikap tamak Sai Lo menyaksikan dia keluar dan bertindak secara bersendirian bersama Gwai Lo. Namun kerakusan mereka tidak mendatangkan hasil.

Mereka mula bertindak dengan lebih berani dan memeras ugut pasangan Marcus (Shaun Chen) dan wanita simpanannya Reanne (Joyce Harn) yang kemudiannya turut melibatkan sebuah kumpulan kongsi gelap yang ganas. Pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Kamal (Bront Palarae) dapat menghidu apa yang berlaku dan mula membuat pengawasan.

Kisah dramatik yang berselang seli dengan aksi ini menjadi bertambah menarik apabila aktiviti pasangan penjenayah ini secara tidak sengaja telah melibatkan Jared (Frederick Lee) seorang ketua kongsi gelap yang ganas dan dia mahu mereka membayar ganti rugi atas kesalahan yang dilakukan. Kumpulan pemeras ugut terpaksa membuat rancangan demi menyelamatkan nyawa mereka. Apabila tarikh pembayaran semakin hampir, angka korban semakin meningkat, dan rahsia kejahatan yang silam mula terbongkar.

 

BARISAN PELAKON

SUNNY PANG                                     – Tai Lo

BRONT PALARAE                               – Inspektor Kamal

FABIAN LOO                                       – Sai Lo

ERIC CHEN                                          – Ah Soon

JACK TAN                                            – Gwai Lo

FREDERICK LEE                                   – Jared

JOYCE HARN                                       – Reanne

RUBY YAP                                           – Michelle

SHAWN CHEN                                                – Marcus

 

PRODUKSI FLY BY NIGHT

Filem Terbitan                                    – PLANET FILMS SDN. BHD.

Pengarah                                            – ZAHIR OMAR

Penerbit                                             – LEONARD TEE & MUHAMMAD BAHIR

Penerbit Eksekutif                             – PERIN PETRUS, FAROUK ALJOFFERY & JOANNE GOH

Penyunting                                        – DOM HENG & AJAY KUMAR

Penulis Skrip                                      – IVAN YEO, FREDERICK BAILEY & DAIN SAID

Gubahan Muzik                                 – ZANE ADAM

Pereka Penerbitan                            – NICK WONG

Pereka Kostum                                  – ELAINE MA

Pengarah Casting                              – TEH LING YEN


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *