(HIBURAN) GRAND BRILLIANCE MENGGAMATKAN PANGGUNG DENGAN FILEM ROMANTIK PALING KELAKAR 2015 – LOVE, SUPERMOON

Spread the love

Poster Love Supermoon

Selepas berjaya mengarahkan sebuah filem terbitan Grand Brilliance iaitu ‘Penunggu Istana’, Wan Hasliza Wan Zainudin sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem ‘Love, Supermoon’. Selain daripada mengarah filem, beliau terlebih dahulu dikenali sebagai penulis skrip dan telah menghasilkan banyak drama-drama siri popular seperti ‘Keluarga Iskandar’, ‘Jodoh’, ‘Manis’, ‘Keluarga Karaoke’ dan lain-lain. Drama yang ditulis oleh beliau iaitu ‘Geng Surau’ telah memenangi Anugerah Drama Bersiri Terbaik’ di Anugerah Skrin 2011, manakala drama bersiri ‘Keluarga Iskandar’ telah menerima ‘Anugerah Drama Bersiri Terbaik’ pada Anugerah Lawak Warna 2013.  

moon2

Mengambil masa sebulan untuk difilemkan, Love, Supermoon melakarkan bandaraya Kuala Lumpur sebagai lokasi utamanya. Antara pengalaman istimewa yang dilalui oleh barisan pelakon dan krew filem ini adalah bekerja sambil menjalani ibadah puasa kerana tempoh penggambaran berlangsung ketika bulan Ramadhan.

Filem ‘Love,Supermoon’ mengisahkan tentang perjalanan hidup hero dan heroinnya selama 20 tahun yang penuh dengan kisah suka dan duka. Filem ini memaparkan saat-saat penting dalam kehidupan seperti cinta monyet zaman persekolahan, konvokesyen di universiti, temuduga kerja, alam berumah tangga dan seterusnya. Ini menjadikan filem ini sebuah naskah yang amat mudah diterima dan dekat dengan hati para penonton.

Setiap filem mempunyai cara tersendiri untuk menghubungkaitkan watak hero dan heroin. Bagi ‘Love, Supermoon’, “gosip” dijadikan medium penceritaan latar belakang kisah hero dan heroin menjadi tarikan utama filem ini. Filem romantik yang sangat kelakar ini mengisahkan

tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam perkerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi kerana sahabat baik Razak, Sulayman (Azhar Sulaiman) merupakan kekasih kepada Nina (Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gossip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka.

Setelah menamatkan zaman universiti, Triz bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi malangnya, hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat-syarikat penerbitan sehingga menyebabkan teman lelaki Triz, Azman (Azhar Sulaiman) tidak menyokong hasratnya untuk menjadi penulis. Berlainanan pula dengan Razak, beliau berjaya menjadi seorang doktor dan amat dikenali kerana sifat ‘playboy’ dan sering bertukar pasangan. Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku – liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.

Farid Kamil dan Nadiya Nisaa, adalah dua nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air dilihat sebagai gabungan yang amat serasi dan berjaya menghidupkan jalan cerita filem ini. Farid Kamil, pelakon yang juga seorang pengarah, memulakan karier sebagai seorang model pada tahun 1999. Selain berlakon, Farid Kamil juga pernah menyahut cabaran untuk mengarahkan filem ‘V3 Samseng Jalanan’ menjadikan filem tersebut sebagai filem pertama arahan beliau.

Bagi Nadiya Nisaa pula, beliau telah menjadi sebutan ramai dan tajuk utama di dada-dada akhbar dan majalah hiburan baru-baru ini apabila beliau telah berjaya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Komedi Terbaik menerusi lakonannya dalam filem ‘Gila Baby’ terbitan Grand Brilliance pada Anugerah Lawak Warna 2015. Baru-baru ini, nama Nadiya Nisaa telah diangkat sekali lagi apabila beliau berjaya merangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem ‘Terbaik Dari Langit’ pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia yang berlangsung pada 5 September 2015 yang lepas.

sepenuhnya oleh komposer Kuncidemak dan diterbitkan oleh Onyx Garland. Kuncidemak telah banyak menghasilkan lagu-lagu popular seperti ‘Lalai’ nyanyian Stacy, ‘Mesti Ada Cinta’ yang dinyanyikan oleh Akim dan ‘Takkan Terpisah’ nyanyian Black. Sebuah lagi lagu tema filem ini iaitu ‘Dan Lagi Cinta’ nyanyian Alif Satar dan Emy diterbitkan oleh Hikayat Records.

Mengulas tentang filem ‘Love,Supermoon’, Tengku Iesta Tengku Alaudin, pengurus besar Grand Brilliance dan juga penerbit filem ini menyatakan keyakinan beliau yang filem ini akan meneruskan tradisi Grand Brilliance yang pernah menerbitkan filem-filem komedi romantik berkualiti seperti ‘Istanbul Aku Datang’ , ‘Sejoli’ dan ‘Girlfriend Kontrak’ yang bakal ditayangkan pada 24 September 2015 nanti. Beliau juga menambah, filem ini merupakan filem yang wajib ditonton, kerana hasil penulisan dan arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang ‘fresh’ dan juga gandingan pelakon-pelakon yang mantap ini bakal menghiburkan penonton-penonton filem tanah air.

moon1

SINOPSIS

Setiap filem komedi seharusnya mempunya cara tersendiri untuk menghubungkaitkan watak hero dan heroin. Filem Love, Supermoon ini menggunakan “gosip” sebagai medium yang menghubungkan hero dan heroin filemnya.  Tarikan utamanya adalah apabila kita boleh melihat perbezaan antara cara lelaki dan wanita bergosip sesama mereka menerusi filem ini.  Filem Love, Supermoon mengisahkan tentang hero dan heroin yang menjalani kehidupan masing – masing dan hanya bertemu di majlis perkahwinan, kenduri atau parti yang dianjurkan oleh kawan – kawan mereka. Kedua – dua hero dan heroin ini hanya kenal masing – masing melalui gosip yang dibual tetapi berlagak seakan- akan tidak mengenali apabila bertemu sesama mereka.

Razak (Farid Kamil) 27, merupakan seorang doktor, yang tidak mengetahui dan tidak yakin akan apa yang dia mahu dalam hidupnya. .  Razak merupakan seorang ‘playboy’ yang sering bertukar – tukar pasangan dan tidak berhasrat untuk berkahwin seperti rakan – rakannya yang lain.  Razak juga merupakan seorang ‘playboy’ dan sering bertukar – tukar pasangan.

Triz (Nadiya Nisaa’) 26 pula bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis tetapi hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat – syarikat penerbitan.  Triz mempunyai seorang teman lelaki yang amat dicintainya iaitu Azman (Azhar Sulaiman), seorang kerani di tempat kerja yang sama. Azman dianggap tidak sesuai untuk Triz oleh rakan-rakanya. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.

Selepas bertahun – tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku – liku kehidupan, Razak dan Triz bertemu dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.

Ingin ketahui sejauh mana gosip mereka dan kesudahannya dan apakah kaitan bulan Supermoon dengan kisah mereka? Saksikan kisah romantic paling kelakar dalam filem Love,Supermoon 22 Oktober ini!

Informasi dan gambar-gambar dari filem Love, Supermoon boleh didapati di laman web Facebook Grand Brilliance di www.facebook.com/grandbrilliance ataupun layari laman web Twitter kami di https://twitter.com/GrandBrilliance dan Instagram @grandbrilliance.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *