(HIBURAN) HANTU BUNGKUS IKAT TEPI bakal gamatkan pawagam

Hantu Bungkus Ikat Tepi

Filem melayu terbaru bagi bulan April ini, dimulakan dengan sebuah filem komedi seram berjudul ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’. Menampilkan lakonan Nora Danish, Tauke Jambu, Yus Jambu dan Abam Bocey. Saksikan filem ini dipawagam mulai 9 April 2015. Sebuah filem arahan Hashim Rejab.

1907516_932394540115484_7642557894889343867_n
SINOPSIS HANTU BUNGKUS IKAT TEPI
Mengisahkan tentang tiga sahabat baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang terjumpa mayat yang berlumuran darah terbaring di atas jalan semasa menaiki kereta pada malam hari. Mereka yang panik telah memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cap jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu.
Mereka kemudian mengambil keputusan untuk membungkus dan menanam mayat tersebut dengan ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam apabila polis menemuinya nanti. Walau bagaimanapun selepas kejadian tersebut, perkara yang tidak baik berlaku kepada mereka apabila dihantui oleh roh yang mahu jasadnya disempurnakan. Mereka terpaksa meminta bantuan Mimie  (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut dengan harapan roh tersebut tidak lagi mengganggu mereka. Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.
Tajuk : Hantu Bungkus Ikat Tepi
Tarikh Tayangan : 9 April 2015
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Hashim Rejab
Pelakon : Tauke, Yus, Abam Bocey, Nora Danish, Farid Kamil, Kartina Aziz, Zalif Sidek, Niezam Zaidi
Terbitan : Metrowealth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *