(HIBURAN) HARRIS BABA | KATAKAN

Spread the love

Harris Baba - KatakanHarris Baba, merupakan seorang pendatang baru di dalam industri hiburan Malaysia telah memulakan penglibatannya dengan menceburi bidang lakonan dan juga modeling. Beliau mula menapak di dalam bidang lakonan dengan dua buah teledrama yang bertajuk ‘Alien Planet Cinta’ pada November 2015 di saluran Astro Ria dan juga ‘Cinta Viral’ lakonan bersama Elfira Loy yang telah keudara pada 14 Februari lalu di saluran RTM 1. Kini beliau telah melebarkan sayapnya dan mengembangkan bakatnya di dalam bidang nyanyian pula.

Harris Baba yang berasal dari Singapura ini merupakan darah kacukan diantara Pakistan/Cina dan juga Pakistan/Iran kini tampil dengan single sulung beliau yang bertajuk ‘Katakan’. Walaupun tidak mempunyai darah Melayu, namun Harris mempunyai bakat dalam melakonkan watak dan menyanyi di dalam Bahasa Melayu dan kini beliau sedang mencuba dalam memperbaiki diri untuk sering bertutur di dalam Bahasa Melayu.

Harris Baba 1Lagu ‘Katakan’ ini dipertaruhkan sebagai buah tangan pertama oleh Harris Baba kepada peminat beliau. Kerana mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik, Harris Baba telah dilamar oleh Faizal Tahir sendiri untuk menghasilkan lagu ‘Katakan’ ini. Lagu yang menceritakan tentang cinta ini telah dicipta oleh penyanyi popular tanah air iaitu Faizal Tahir sendiri bersama Mike Chan dan juga Ezra Kong yang sekaligus bertanggungjawab sebagai penerbit untuk single tersebut. Hasil nukilan lagu yang dilengkapi dengan alunan suara Harris Baba ini tentunya menjadikan ‘Katakan’ sebagai karya yang mampu menaikkan nama Harris ke persada yang lebih besar.

Lirik video bagi lagu ini baru sahaja diriliskan di YouTube pada 25 Mac yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan sejak berkumandang di corong radio.  Lagu ‘Katakan’ mempunyai ciri ciri yang membuatkan pendengar senang untuk menerima lagu ini. Berentakan tempo yang perlahan dan muzik yang ‘mellow’ menambahkan lagi minat untuk para pendengar  menghayati lagu ini.

Lagu yang mempunyai rentak yang segar ini dipercayai boleh menjadi pengenalan yang baik untuk Harris Baba. Lirik video bagi lagu ‘Katakan’ turut mendapat sambutan yang hangat kerana sudah menghampiri 200 ribu tontonan dalam masa satu bulan sahaja dan beliau kini dalam proses merangka strategi untuk memperluaskan nama dan kerjayanya.

Harris Baba juga berasa amat bertuah kerana beliau diterajui oleh 3 buah syarikat rakaman dan pengurusan iaitu Faithful Music selaku Artiste & Repetoire (A&R), manakala Uprising Entertainment dan Warner Music Malaysia pula akan menentukan hala tuju karier dan pengurusan kerjaya beliau sebagai seorang anak seni.

Dengan namanya yang kian meningkat naik, Harris Baba kini bersedia untuk melangkah lebih jauh! Tinggi harapan Harris Baba agar muziknya dapat memberi kepuasan yang maksima kepada pencinta muzik tanah air terutamanya. Harris juga mengharapkan lagu tersebut dapat membuka mata orang ramai mengenai kehadirannya di dalam industri muzik tanah air.

 “Katakan – Harris Baba” merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd dan hasil usahasama bersama Uprising Entertainment dan juga Faithful Music Sdn Bhd. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, KKBOX, Spotify dan juga Deezer.

Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:

Cara-Cara Muat Turun:

Maxis Caller Ringtones           : Dial *131*516684# dan tekan call/send

Celcom Call Me Tones                        : Dial *888*260545# dan tekan call/send

DiGi Caller Tunes                    : Dial *233*1804875# dan tekan call/send

Media Sosial

Instagram: @harrisbaba

Twitter: @HarrisBaba_

Facebook: Harris Baba

 

Lirik lagu Katakan – Harris Baba

Tiada apa lagi perlu ku katakan

Kerna kau tahu semua

Tak pernah ku berahsia

Dan ungkin satu saja yang takkan terjelas

Rasa yang aku rasakan

Hanya untuk kau saja

Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu

Biar lama tetap saja kau ku tunggu

Katakan kata padaku

Kita kan bersama harungi semua

Darling

Tiada lain ku mahu

Hanya kau satu untukku

Hanya kau satu untukku

Tiada lain mampu membahagiakanku

Ku mengharap kau pun sama

Sampai mati ku setia

Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu

Biar lama tetap saja kau ku tunggu

Katakan kata padaku

Kita kan bersama harungi semua

Darling

Tiada lain ku mahu

Hanya kau satu untukku

Doaku semoga kau dan aku

Selamanya kan bersama

Dihatiku hanya kau yang satu

Sempurnakan diri aku

Katakan kata padaku

Kita kan bersama harungi semua

Darling

Tiada lain ku mahu

Hanya kau satu untukku

Katakan kata padaku

Kita kan bersama harungi semua

Darling

Tiada lain ku mahu

Hanya kau satu untukku

Hanya kau satu untukku

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *