(HIBURAN) HAZAMA BEKERJASAMA SEKALI LAGI DENGAN AJAI  UNTUK SINGLE TERBARU, ‘RASA TAK MENIPU’

Spread the love

Hazama kembali lagi dengan single terbaru yang bertajuk ‘Rasa Tak Menipu’. Lagu baharu ini ditulis oleh komposer dan penulis lirik tersohor, Ajai, dan merupakan usahasama antara Wake The Baby Records dan ISK.MUSIK.

‘Rasa Tak Menipu’ berkisar tentang kisah keperihan dan konflik dalam diri yang dihadapi oleh seseorang dalam dunia percintaan.

“Kita semua pernah melaluinya, dan faham sangat perasaan tentang kehilangan itu,” terang Ajai. “Lagu ini adalah tentang konflik dalaman yang kita rasa apabila seseorang yang kita cintai berlalu pergi secara mengejut. Kita tak dapat menerima hakikat itu, dan menderita kerananya.”

Selepas melalui fasa pendemik, saya rasa terpanggil untuk mengetengahkan isu kesihatan mental kerana ianya sangat bahaya. Saya amat terkejut apabila mengetahui terdapat pelbagai jenis gangguan mental dan saya juga rasa orang ramai perlu ambil tahu dan kita semua perlu mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang apa yang menyebabkan berlakunya gangguan ini dikalangan kita. 

Gangguan mental ini juga banyak yang menjadi punca kepada masalah keluarga dan rumahtangga, itulah yg kami cuba gambarkan di dalam video muzik ini,”tambahHazama.

Video muzik arahan Ramdhan Che Hassan tersebut memberikan sudut cerita di mana watak Hazama yang pada mulanya tampak segak sebagai seorang penyiasat yang sedang menjalankan tugas untuk menyoal siasat seorang gadis dan bertukar arah apabila mereka bertukar peranan secara mengejut. Konsep tersebut mencerminkan bahawa setiap manusia mempunyai dua sisi berlainan dan setiap pertengkaran di antara pasangan pastinya ada versi yang berbeza

‘Rasa Tak Menipu’ juga merupakan lagu tema untuk drama ‘Epilog 3 Naga’ yang akan mula disiarkan melalui Awesome TV (Astro Channel 123HD) dari 8 Julai hingga 10 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam. ‘Epilog 3 Naga’ juga akan menyaksikan Hazama kembali ke dunia lakonan sebagai  Khalid, bersama-sama Che Puan Juliana Evans dan Syarul Ezani.

Anda boleh mendengarkan ‘Rasa Tak Menipu’ melalui semua platform strim digital termasuk Spotify, Joox dan Apple Music. Video muzik untuk lagu ini juga boleh ditonton melalui saluran YouTube Universal Music Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *