(HIBURAN) I MISS YOU PENUH KONFLIK YANG MENDEBARKAN

Spread the love

I Miss You

Drama “I Miss You” menerusi slot Chamsarang TV9 telah mula ditayangkan pada 28 Januari lalu di TV9 bakal menemui pengakhirannya.  Drama yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang Lee-Soo Yeon yang hidup dalam kesuraman semenjak kecil kerana disisihkan masyarakat. Perkenalannya dengan Han Jung-Woo seakan memberi sinar dalam hidupnya tetapi akibat peristiwa hitam ditinggalkan Jung-Woo sewaktu mereka diculik, Soo-Yeon hilang rasa percaya pada Jung-Woo. Pelbagai mainan emosi telah diterapkan di awal siri drama ini membuatkan ramai penonton ternanti-nanti apakah kesudahan drama ini yang dilakonkan oleh Park Yu-Chun, Yun Eun-Hye, Yoo Seung-Ho dan ramai lagi pelakon hebat.

I MISS usmall

Episod akhir I Miss You ini akan meleraikan segala konflik yang telah menjadikan jalan ceritanya lebih menarik dan penuh mendebarkan. Soo-Yeon yang dituduh dalam satu kes pembunuhan akhirnya membuat keputusan menyerah diri untuk memberikan keterangan yang dapat membebaskannya daripada tuduhan itu.  Jung-Woo setia menemaninya dan berjanji walau apa pun yang terjadi, Soo-Yeon tidak akan terlepas lagi daripada genggamannya.

Harry pula tetap nekad ingin membawa Soo-Yeon pergi bersamanya.  Harry akhirnya berjaya menculik Soo-Yeon dengan bantuan konco-konco jahat Han Tae-Joon.  Adakah peristiwa silam yang menimpa Soo-Yeon dan Jung-Woo akan berulang sekali lagi?  Adakah akhirnya cinta Soo-Yeon dan Jung-Woo akan bersatu atau takdir akan terus memisahkan mereka? Saksikan episod akhir drama yang mendapat  sambutan hebat di Korea ini pada hari Selasa, 4 Jun jam 9.30 malam hanya di TV9!.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *