(HIBURAN) IQRA – ALBUM KOMPILASI MAWI & RAIHAN

Spread the love

Iqra Mawi & RaihanSMALL

Apabila berbicara mengenai nasyid atau lagu ketuhanan, sudah tentu dua nama gergasi industri tempatan akan bermain di minda para pendengar iaitu Mawi dan juga Raihan. Kedua-dua barisan artis ini sinonim dengan imej ketuhanan yang sering dibawa oleh mereka. Raihan bukanlah calang calang nama di dalam industri muzik tempatan.  Kejayaan mereka boleh dilihat dengan penjualan album mereka terutama sekali album yang berjudul “Puji-pujian” dengan jualan lebih dari 750 000 unit. Bukan itu sahaja, Raihan juga merupakan antara barisan artis tempatan yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London dan telah meraih lebih dari 24 anugerah tempatan dan juga antarabangsa. Selain daripada itu, Permaisuri United Kingdom, Queen Elizabeth II juga pernah bertemu dengan mereka secara peribadi.  Ini secara tidak langsung telah menaikkan taraf status mereka dan juga nama Malaysia di arena industri muzik antarabangsa.

Mawi juga tidak lari dengan pencapaian yang mengagumkan.  Album pertama Mawi yang berjudul “Best of Mawi World” telah mencapai status platinum dengan penjualan lebih dari 165 000 unit.  Mawi mula menempah nama di industri muzik tempatan melalui rancangan ‘Akademi Fantasia’ musim yang ketiga dan telah bergelar sebagi juara. Kejayaan Mawi tidak terhenti dengan album pertamanya sahaja, namun telah berjaya meraih dua lagi status platinum untuk album “Mawi…Yang Tercinta” dan juga “Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu”. Selain album platinum, Mawi juga telah meraih lebih dari 20 buah anugerah tempatan termasuklah Anugerah Bintang Paling Popular untuk 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2005 dan 2006 anjuran Berita Harian dan juga Anugerah MTV 2005 untuk kategori artis Paling Popular Malaysia.

Dari segi muzik pula, Raihan sentiasa mengutarakan muzik-muzik yang dihasilkan dengan pukulan gendang dan rebana yang mengeluarkan bunyi yang sedap didengar dan mampu memberi satu rentak yang aman dan tenang apabila didengari bersama-sama alunan suara Raihan yang merdu dan lembut. Bagi Mawi pula, beliau bukan sahaja terkenal dengan alunan suaranya yang lunak di dalam nyanyian, namun beliau juga hebat dalam melontarkan suara beliau dalam berzanji dan juga mengaji yang turut terdapat di dalam lagu yang terkandung di dalam album kompilasi ini.

Dalam industri muzik tanah air, tidak banyak fenomena yang telah dicipta oleh penyanyi nashid atau pun lagu ketuhanan, namun Mawi dan juga Raihan telah mengubah persepsi tersebut di mana mereka merupakan antara 2 fenomena yang ketara dalam kejayaan yang telah diraih oleh mereka.

Dengan gandingan dua nama hebat di pentas industri muzik tempatan, album kompilasi “Iqra” ini tentu akan memberi jaminan yang tinggi kepada para pendengar dan juga peminat.  Raihan dan Mawi bukan sahaja antara nama besar yang terdapat di dalam album kompilasi ini, tetapi lagu lagu yang telah dikarang juga hasilnya adalah dari barisan komposer yang berpengalaman seperti Datuk M. Nasir, Allahyarham Loloq, Edry Abdul Halim, Datuk Ramli Sarip, dan ramai lagi.  Album kompilasi “Iqra” ini juga mengandungi lagu-lagu hit terhebat seperti ‘Demi Masa’, ‘Assolatuasalam’, ’25 Rasul’, oleh Raihan dan ‘Al Haq’, ‘Doa dalam lagu’, ‘Al Jannah’ oleh Mawi.

Album kompilasi “Raihan & Mawi – Iqra” ini merupakan satu lagi edaran Warner Music (M) Sdn Bhd, dan boleh didapati dengan harga RM29.90.

 

Senarai Lagu CD 1

  1. Puji-Pujian – Raihan
  2. Al Haq… Yang Satu – Mawi Bersama Dato AC Mizal
  3. Syukur – Raihan
  4. Doa Dalam Lagu – Mawi bersama Heliza
  5. Allahu – Raihan
  6. Cinta Hakiki – Mawi
  7. Iman Mutiara – Raihan
  8. Al Jannah – Mawi
  9. Demi Masa – Raihan
  10. Sirah Rabiuawal – Mawi ft. Wariqissalam
  11. Dari Tuhan – Raihan bersama Awie
  12. Ya Salam – Mawi bersama Yasin
  13. Bismillah – Raihan
  14. Sesungguhnya – Mawi bersama Ustaz Asri Ibrahim, Akil Hay & Ustaz Amaluddin

Senarai Lagu CD 2

  1. Iqra – bersama Raihan – Mawi
  2. Ashabul Khafi – Raihan
  3. Hambamu – Mawi bersama Akil Hay
  4. Senyum – Raihan
  5. Marhaban Rangkaian Selawat – Mawi, Raihan, & Ustaz Amaluddin
  6. 99 Names – Raihan
  7. Cinta Zulaika – Mawi
  8. 25 Rasul – Raihan
  9. Saksi – Mawi bersama Rabbani
  10. Rakan Selawat (Maulid) – Raihan
  11. Sujud – Mawi bersama KRU
  12. Ya Nabi Salamualaika – Raihan
  13. Yang Tercinta – Mawi
  14. Assolatuwassalam – Raihan

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *