(HIBURAN) JACLYN VICTOR DI HOLLYWOOD

Spread the love

JV - Kababayan today with producerSMALL

Berbekalkan buah tangan terbaru single ”Remedy”, yang telah diedarkan melalui lebih 80 platform digital bermula pada 10hb Julai 2014 lalu, penyanyi Jaclyn Victor telah berada di Los Angeles dari 5hb Julai sehingga 13hb Julai 2014.

Single “Remedy” membawa dimensi baru bagi hala tuju muzik Jaclyn. Dengan gabungan melodi dan lirik arus perdana “Pop”, penyampaian vokal ala “R&B” dan susunan muzik EDM (electronic dance music); “Remedy” mempunyai elemen “hit single” dan pelan komprehensif telah disusun rapi oleh KRU Music bagi memasarkan lagu ini dipersada antarabangsa.

“Remedy” adalah salah satu single daripada album berjudul “Unleashed” yang akan berada dipasaran pada September 2014. Diterbitkan oleh penerbit/komposer prolifik yang telah memenangi pelbagai anugerah, Edry Abdul Halim, album ini turut menampilkan 4 lagi single yang bakal menjadi hit seperti “Pinnacle”, “Sweeter Than A Dream”, “Over And Over” and “Delirious”. Album ini telah dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur; proses adunan dan “mastering” telah dibuat di Los Angeles

Sebaik sahaja tiba di Los Angeles, pada 6hb Julai 2014 yang lalu, Jaclyn telah membuat persembahan “showcase” di Whisky A Go Go di West Hollywood Sunset Boulevard. Jaclyn telah mempamerkan kekuatan vokal dan persembahan yang cukup bertenaga dengan mempersembahkan 5 lagu terbarunya daripada album “Unleashed” dan 2 lagu “cover version” iaitu “Rolling In The Deep” dan  “If I Ain’t Got You” bagi membolehkan audien menyanyi bersamanya. Ini merupakan persembahan pengenalan Jaclyn yang mana telah memberi peluang bagi penggiat muzik di sana mengenali bakat beliau. Di sana Jaclyn telah ditawarkan merakam lagu oleh seorang Dj dan juga produser di sana iaitu Rick Dixon yang lebih dikenali sebagai Rick One yang pernah berkerjasama dengan kumpulan terkenal The Black Eyed Peas.

Selain daripada melakukan persembahan, Jaclyn juga melakukan sesi menemuramah dengan beberapa stesen radio di Los Angeles untuk mempromosikan single terbarunya “Remedy”. Jaclyn juga berkesempatan menjadi tetamu tv program di mana dia membuat sesi temuramah dan persembahan di TV Amerika “Kababayan Today” yang telah disiarkan di saluran LA18 dan beberape sesi rakaman bagi tv program di sana.

Jaclyn menjadi salah seorang tetamu jemputan di LA Artsonline.com  bagi Annual Hollywood Bowl Pre-Concer Picnic and Concert pada 10hb Julai 2014. Peluang merupakan satu pengalaman yang berharga di mana dapat menyaksikan persembahan ramai penyanyi popular dengan persembahan okestra yang mantap.

Selama berada di sana Jaclyn berjaya mendapat keyakinan dan didedahkan dengan industri muzik antarabangsa bagi memasarkan album beliau di peringat pasaran global. Peluang keemasan ini dipergunakan sepenuhnya di mana adalah bukannya satu perkara yang mudah untuk menembusi pasaran antarabangsa tetapi dengan usaha pengenalan yang diatur oleh KRU Music akan memudahkan lagi strategi pemasaran album “Unleashed” pada bulan September nanti.

Pada 10hb Julai 2014, single ”Remedy” telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian `You Tube’ KRU Music dan Tunecore digital platforms. Buat masa sekarang peminat boleh mendapatkan single ”Remedy” yang dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

Informasi yang lebih lanjut mengenai Jaclyn Victor di Hollywood dan album terbaru “Unleashed” boleh di layari menerusi “links” di bawah :-

YouTube link : www.youtube.com/user/jaclynvictormusic

iTunes link :   https://itunes.apple.com/my/album/remedy-single/id895868332

Link to the Valley Scene article. Its on page 35

http://www.jejprint.com/valleyscene_072514/#/34/

Jaclyn Victor’s interview on “The Lone Blogger” show,

on BlogTalkRadio.com, with host Sammi Turano:

http://www.blogtalkradio.com/the-lone-blogger/2014/07/10/the-lone-blogger-jaclyn-victor-1

Jaclyn Victor’s interview on the Total Celebrity Show on

Total Education Radio Network and BlogTalkRadio.com, with host Neil Haley:

http://www.blogtalkradio.com/totaltutor/2014/07/11/international-recording-star-malaysian-idol-jaclyn-victor


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *