(HIBURAN) Kejutan Juara AF 2013 Milik Faizul

Spread the love

IMG_2405cropSMALLgmo

FAIZUL menjadi juara AF 2013 mengalahkan 5 peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100K berserta kontrak rakaman bernilai RM100K dan trofi. Gelaran Naib Juara pula dirangkul oleh AZHAEL dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30K dan trofi , tempat ketiga pula diraih oleh AMIRA yang membawa pulang hadiah wang tunai RM20K berserta trofi. Tempat ke 4 dimenangi oleh INDAH, manakala tempat ke 5 milik NABILA, AISHAH pula membawa pulang trofi untuk tempat ke 6.

IMG_2404cropGMO

Pada pertandingan yang diadakan secara langsung menerusi saluran Astro Ria itu, Faizul menyanyikan lagu berjudul Hanyut, nyanyian Faizal Tahir dan sebuah lagu baharu, Sepasang Sayap.  Selain juri tetap, Edry Abdul Halim dan Sharifah Amani, turut diundang sebagai pengkritik ialah saudara Roslan Aziz. Selain persembahan para peserta, Datuk Siti Nurhaliza turut memeriahkan program tersebut dengan muncul membuat persembahan. Selepas dua tahun program AF dihentikan sementara, AF2013 diperkenalkan dengan konsep baharu dengan menampilkan tiga pengilham terkenal iaitu Faizal Tahir, Melly Goslow dan Datuk Siti Nurhaliza.

IMG_2409gmo

SeNarai LaGu
1- Penglipur Lara, nyanyian asal Hazama & akan dinyanyikan oleh Azhael.
2- Lebih Indah, nyanyian asal Dato Siti Nurhaliza & akan dinyanyikan oleh Aisyah.
3- Terlalu Istimewa, nyanyian asal Adibah Noor & akan dinyanyikan oleh Amira.
4- Hanyut, nyanyian asal Faizal Tahir & akan dinyanyikan oleh Faizul.
5- Jagalah Diri, nyanyian asal Jaclyn Victor & akan dinyanyikan oleh Indah.
6- Seandainya Masih Ada Cinta, nyanyian asal Dayang Nurfaizah & akan dinyanyikan oleh Nabila.
Lagu Single mereka
1- Hentian Terakhir ~ Azhael.
2- Mimpi ~ Aisyah.
3- Sesaat Untukku ~ Amira.
4- Sepasang Sayap ~ Faizul.
5- Percayalah ~ Indah.
6- Katakan Saja ~ Nabila.
Peratusan Markah Konsert Akhir 
Faizul – 23.85 %
Azhael – 21.48%
Amira – 19.00%
Indah – 14.73%
Nabila – 11.23%
Aisyah – 9.71%
Pemenang AF buzz – AZHAEL , mereka membawa peluang hadiah berjumlah RM50K

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *