(HIBURAN) Kidiotics Juara Astro Battleground 2015, Faris Menang Gelaran Juara Solo

????????????????????????????????????

Astro Battleground, pertandingan tarian jalanan (street dance) terbesar di Asia, menamatkan musim 2015 dengan aksi Grand Final yang hebat pada 4 Julai 2015 di Gelanggang Ais Sunway Pyramid. Pasukan termuda pertandingan tersebut, Kidiotics telah dinobatkan sebagai Juara  Astro Battleground 2015, mengetepikan Death Notz dalam final saingan antara kumpulan.

????????????????????????????????????

Rancangan  perdana Astro dengan siaran paling lama itu juga turut menyaksikan pemenang paling muda di dalam sejarah sembilan tahun bersiaran bila Faris Azim Abd Karim dari Selangor berjaya memukau penonton dan para hakim untuk menjulang kejuaraan kategori solo. 

Kidiotics dan Death Notz, bersama-sama dengan BeastZ mempamerkan gerak tari mereka yang paling terbaik dan sempurna di sepanjang empat pusingan untuk meraih dua slot utama untuk mara ke pusingan akhir. Di sebalik ramalan awal, Kidiotics menhasilkan persembahan unggul di pusingan akhir dengan mempamerkan langkah-langkah hebat dan koreografi bersemangat untuk menawan hati para hakim, dan seterusnya dijulang sebagai juara kumpulan Astro Battleground 2015.

Drama atas pentas berterusan apabila giliran krew-krew Kidiotics pula berentap antara satu sama lain untuk merebut gelaran solo, dan ia menjadi medan pertempuran di antara Siong, peserta termuda berumur 15 tahun dan Faris, krew Melayu tunggal. Dengan menguasai rentak dan koreografi, Faris menjuarai gelaran solo walaupun berasa kurang sihat dan telah mencederakan mulutnya secara tidak sengaja ketika melakukan salah satu rutin tarian. Kejayaan Faris ini lebih bermakna memandangkan beliau terpaksa beraksi dalam enam pusingan berturut-turut dan berpuasa pada masa yang sama. Ketika ditemui selepas majlis tamat dan sudah berehat seketika, freestyler yang berusia 17 tahun itu mengakui dia tidak pernah menyangka akan menjadi johan kategori solo.

“Saya menyangka Siong akan menjadi juara kerana dia telah mendahului sejak awal saingan solo. Tapi saya enggan mengalah. Saya terus berjuang hingga ke akhir, dan saya akhirnya berjaya,” kata Faris dengan penuh kegembiraan.

Dihoskan oleh bekas ratu cantik, Trisha Kuck dan penari tempatan, Dennis Yin, aksi Grand Final Astro Battleground 2015 menampilkan barisan juri yang berkaliber, terdiri daripada pakar tarian antarabangsa terkenal seperti Tai Chi (Jepun), Funky Lia (Korea), Chun Hsiang (Taiwan), Yiu (Hong Kong) and Vince (Filipina). Kumpulan wanita tempatan, Precious muncul sebagai artis jemputan pada malam itu.

 

Dua kumpulan terbaik Astro Battleground akan bersaing di ASIAN BATTLEGROUND, bakal dianjurkan oleh Astro

Bukan itu sahaja! Giliran Asian Battleground pula menggegarkan scene tarian Asia di One City Grand Ballroom pada 7 Ogos 2015. Malaysia akan diwakili oleh juara Astro Battleground 2015 (Kidiotics) dan naib juara (Death NotZ), dan mereka bakal disertai oleh 11 lagi kumpulan tarian lain dari Jepun, Korea, China (Shanghai dan Hong Kong), Filipina, Vietnam, Brunei, Indonesia, Thailand, Taiwan dan Singapura dalam rancangan yang akan disiarkan LIVE menerusi Astro Wah Lai Toi (Saluran 311 dan HD CH310).

Choo Chi Han, Naib Presiden Perniagaan Cina, Astro berkata, “Kami telah menerima sekurang-kurangnya 11 borang penyertaan bagi setiap lokasi. Kami sangat teruja dengan sambutan ini dan tidak menyangka ramai yang menyedari kewujudan Asian Battleground dan ingin menyertai pertandingan itu.”

Mr. Choo juga mengumumkan berita gembira bahawa Astro Ben Di Quan dan Astro Gempak akan menyiarkan final Asian Battleground secara live menerusi saluran YouTube masing-masing.

He added, “Kami berharap untuk menarik peminat tempatan baru dengan penyiaran Asian Battleground menerusi Astro Gempak, saluran YouTube paling popular di Malaysia.

Aksi finale Asian Battleground itu juga boleh ditonton menerusi Astro on the Go untuk semua pengguna berdaftar.

Pastikan anda tidak ketinggalan menonton aksi penuh debaran Grand Final Astro Battleground 2015, dengan tayangan perdana pada 10 Julai (Jumaat) jam 10.30 malam dan siaran ulangan pada 11 Julai (Sabtu) jam 1.30 tengahari, dan siaran langsung Asian Battleground pada 7 Ogos (Jumaat) pada 10.30 malam, menerusi Astro Wah Lai Toi (Saluranl 311 dan HD CH310). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/astrobattleground.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *