Kuala Lumpur, 10 Februari 2025 – KISS OF LIFE kumpulan K-Pop yang kini sedang popular, akan membawa jelajah dunia pertama mereka yang dinanti-nantikan ke Malaysia! Tandakan kalendar pada tarikh 13 April, jam 5 petang untuk 2025 KISS OF LIFE 1ST WORLD TOUR [KISS ROAD] in KUALA LUMPUR di Mega Star Arena KL, yang akan menjanjikan satu malam penuh dengan muzik, persembahan, dan interaksi yang tidak akan dilupakan. Konsert ini dibawakan oleh TopGallant Show.
KISS OF LIFE terdiri daripada Belle, Natty, Julie dan Haneul. Sejak debut mereka pada 2023, kumpulan ini telah memukau peminat di seluruh dunia. Nama mereka melambangkan misi untuk membawa kehidupan baharu kepada industri muzik dengan konsep segar dan seni yang asli.
Lagu-lagu mereka yang terkenal dan persembahan pentas yang menarik telah menjadikan mereka fenomena global. Kumpulan ini melonjak populariti menerusi lagu Sticky sehingga mendapat perhatian di seluruh dunia. Lagu ini menduduki carta iTunes di banyak negara, berada dalam 10 Teratas Billboard World Digital Song Sales Chart dan mencapai No. 87 dalam Billboard 200 bagi pencapaian hebat untuk kumpulan K-Pop. Gaya mereka yang unik dan diinspirasikan dari kehidupan remaja serta dewasa menyebabkan status mereka di industri muzik semakin mantap. Setelah berjaya dengan jelajah 35 persembahan di Korea Selatan, Amerika Utara dan Eropah,
KISS OF LIFE kini bersedia untuk menghiburkan peminat di Asia melalui KISS ROAD 2025.
Peminat mereka di Malaysia yang dikenali sebagai KISSY boleh menantikan persembahan yang memukau, visual menarik, dan peluang berinteraksi secara langsung dengan kumpulan ini.
Tiket akan mula dijual pada 15 Februari, jam 11 pagi melalui ticketingtix.com, ctrip.com, dan trip.com dengan harga RM798 (VIP, dengan akses Sound Check Party), RM668 (Kategori 1),
RM538 (Kategori 2), RM438 (Kategori 3), dan RM338 (Kategori 4). Semua tiket adalah untuk tempat duduk, harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan dan yuran tempahan.
Setiap pembelian tiket turut disertakan dengan faedah peminat, termasuk satu (1) Photocard dan akses Goodbye Session untuk semua pemegang tiket, Laminated Pass dan Lanyard eksklusif untuk VIP dan Kategori 1, serta Peluang Bergambar Kumpulan dan Cabutan Poster
Ditandatangani untuk VIP, Kategori 1, Kategori 2, dan Kategori 3. Barangan eksklusif juga boleh ditempah lebih awal dalam talian atau dibeli di lokasi pada hari konsert.
Untuk maklumat lanjut, ikuti www.facebook.com/TopGallantShow dan www.instagram.com/topgallantshow.tgs
–