(HIBURAN) Konsert Afgan “SIDES” tampilkan sisi berbeza untuk peminat di Malaysia

Spread the love

_DSF6157rszKUALA LUMPUR (10 Ogos 2016) – Bintang sensasi Indonesia Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai AFGAN, kembali ke Malaysia untuk sebuah konsert AFGAN “SIDES” Live in Malaysia 2016 yang akan diadakan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 3hb September jam 8 malam.
Konsert satu malam anjuran Dazzling Lifestyle ini adalah sebagai menyokong kemunculan album terbarunya, SIDES selepas tiga tahun kemunculan L1ve To Love, Love To L1ve. Muzik SIDES kedengaran lebih matang dan pelbagai berbanding dengan kerja-kerja album terdahulu. Menerusi buah tangan terbarunya ini, walaupun AFGAN berpegang teguh pada nuansa R & B, namun beliau tetap menggabungkan unsur-unsur blues, elektronik dan orkestra, di mana beliau dapat menghasilkan lebih banyak lagu cinta sekali gus menyerlahkan sisi berbeza dirinya.

Untuk menghangatkan lagi persembahan malam itu, rapper yang semakin meningkat naik, SonaOne muncul sebagai penyanyi undangan. Ini juga adalah penampilan julung kalinya buat penyanyi yang turut terbabit di dalam pembikinan album SIDES untuk berkongsi pentas dengan AFGAN.

Tiket untuk AFGAN “SIDES” Live in Malaysia 2016 berharga RM188 (Gangsa), RM288 (Perak), RM388 (Emas), RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM788 (Diamond VIP untuk pakej sesi bertemu peminat) dijual dengan laris. Tiket boleh didapati melalui TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811. Untuk mereka yang ingin mendapatkan pakej Diamond VIP bolehlah menghubungi talian +603 7982 5523. Pakej Diamond VIP merangkumi tiket konsert, pas untuk sesi soundcheck, sesi bergambar dengan AFGAN, album yang ditandatangani serta poster konsert. Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST dan yuran pemprosesan RM4.

Terkenal dengan lantunan vokal beliau yang hebat menerusi lagu-lagu seperti Katakan Tidak, Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Knock Me Out, kehadiran AFGAN di layar perak juga dapat dirasai. Dia juga berjaya menduduki satu kerusi panel juri program realiti, X Factor Indonesia menggantikan penyanyi Anggun. Dalam belantara filem Indonesia, selain diberi peranan utama dalam Cinta 2 Hati dan Refrain, AFGAN juga bergelar salah seorang sutradara filem Gila.

Mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram, Afganisme, iaitu gelaran untuk peminat setianya, mereka ini bukan saja datang dari tanah airnya sendiri tetapi merangkumi negara Asia yang lain seperti Brunei, Singapura dan sudah tentu Malaysia. Sehingga hari ini, beliau telah mengeluarkan EP dan 4 album termasuk yang terbaru SIDES.

AFGAN juga pernah bekerjasama dengan nama-nama besar lain seperti Bebi Romeo, Rossa, Raissa dan Taufik Batisah, sedangkan untuk album terbaru SIDES ini AFGAN bekerjasama dengan muzik luar negera seperti Mark Hill dari United Kingdom (penerbit Craig David dan Ed Sheeran).

Sepanjang bergelar anak seni, AFGAN menerima 5 anugerah daripada 19 pencalonan di Anugerah Muzik Indonesia (AMI). Di luar Indonesia, beliau juga pernah memenangi Anugerah Muzik Dunia untuk Artis Lelaki Terbaik Indonesia, Artis Asia Terbaik untuk Festival Lagu Asia dan juga Asia Song Festival Artis Asia Terbaik dan Pertubuhan Harta Antarabangsa Dunia (WIPO) atas kreativitinya dalam muzik. Beliau juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), majl is anugerah muzik persis Grammy di Malaysia.

Konsert ini dianjurkan oleh Dazzling Lifestyle dan dipersembahkan oleh Obermain, Trinity Optima Production sebagai Syarikat Pengurusan Artis; Suria Records Sdn Bhd sebagai Label Rekod; Astro Circle sebagai Rakan Kesetiaan Rasmi; Sinar FM sebagai Stesen Radio Rasmi; E&O Residences Kuala Lumpur sebagai Hotel Rasmi; Red Box dan Green Box sebagai Rakan Kongsi Promosi; TicketCharge sebagai Ejen Tiket dan Sega Irama sebagai Sokongan Teknikal.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, sila layari Dazzling Lifestyle di :
https://www.facebook.com/DazzlingLifestyle.my atau dazzling_lifestyle
(https://www.instagram.com/dazzling_lifestyle) di Instagram.
———————————————————————————————–


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *