(HIBURAN) KONSERT GEMILANG MALAYSIA bersama Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim dan Datuk (Dr) Ahmad Nawab

Spread the love

KONSERT GEMILANG MALAYSIA

KUANTAN & KUALA LUMPUR

Salah satu konsert mega untuk tahun 2012 dengan judul Konsert Gemilang yang mengandingkan tiga figura gergasi hiburan iaitu Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim dan Seniman Negara, Datuk (Dr) Ahmad Nawab. Konsert Gemilang bakal berlangsung di tiga buah lokasi bertempat di Kuantan, Singapura dan KL dari 29 September hingga 13 Oktober 2012. Dengan pengalaman yang mencangkupi nilai seabad, konsert ini bakal membawa para penonton ke dalam penjelajahan merentasi masa dan pengalaman artis-artis yang selama ini dikenali melalui hasil kerja dan kolaborasi mereka yang melebihi 30 tahun. Melangkah ke satu tahap yang besar, Dato’ Khadijah dan Jamal Abdillah melancarkan kerjaya mereka di bawah bimbingan Datuk Ahmad Nawab, seorang komposer yang telah menggubah 2000 lebih lagu bermelodi indah sejak tahun 50-an) Sepanjang kerjayanya beliau telah memegang trek rekod yang cukup cemerlang dalam menghasilkan artis rakaman terbaik negara, terutama sekali, Dato’ Khadijah dan Jamal Abdillah. Seri utama konsert ini termasuk perjalanan kisah nostalgia yang menyeronokkan dan perkongsian pengalaman Datuk Ahmad Nawab bersama Jamal Abdillah dan Dato’ Khadijah yang menjangkau 30 lebih tahun, serta dendangan lagu-lagu hits yang telah menjadikan mereka legenda industri musik tempatan.

Tiket untuk Konsert Gemilang boleh didapati di Ticket2U dan dijual pada harga berikut:

http://www.ticket2u.biz/Events/KONSERT-GEMILANG


Kuantan: RM150, RM75, RM50

Kuala Lumpur: RM500 (seksyen VIP termasuk sesi Meet & Greet selepas konsert)

RM300 (depan) RM200 (pertengahan ) & RM100 (belakang)

Konsert akan bermula pada 8.30 malam.

 

Dihasilkan dan dipromosikan oleh AMG Networks (M) Sdn Bhd


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *