(HIBURAN) KONSERT HYPE REPUBLIC GEGAR STADIUM HOKI BUKIT JALIL 13 DISEMBER INI – HIMPUN GENRE BERBEZA DALAM SATU PENTAS

Spread the love

Kuala Lumpur – Sebuah konsert berskala mega bakal mencuri tumpuan peminat muzik tanahair hujung tahun ini menerusi Hype Republic, yang dijadual berlangsung pada 13 Disember 2025 (Sabtu), jam 8.30 malam, bertempat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Konsert ini merupakan acara sulung anjuran DM Diamond Sdn. Bhd. dan dijangka menjadi antara acara hiburan paling epik tahun ini. Hype Republic menghimpunkan pelbagai genre muzik popular dan kontemporari seperti EDM, hip-hop, pop, K-Pop, J-Pop, Alt-Indie dan lain-lain, sekali gus menjadikan ia sebuah platform yang menyatukan cita rasa muzik berbeza dalam satu malam.

Dengan gabungan genre yang pelbagai, Hype Republic turut menjadi sebuah “one-stop center” untuk para pencinta muzik.

Penonton bukan sahaja dapat menikmati persembahan artis kegemaran mereka, tetapi juga berpeluang meneroka dan mengalami genre muzik baharu yang mungkin belum pernah mereka alami secara langsung.

Antara penyanyi yang bakal terlibat dalam Konsert Hype Republic terdiri daripada Kmy Kmo & Luca Sickta, Luqman Podolski, Yonnyboii, Zynakal, Bunga, Zubir Khan, K.O.I dan seorang lagi penyanyi yang belum didedahkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DM Diamond, Isa A. Rani, beliau berbesar hati dapat bekerjasama dengan nama-nama besar yang sudi berganding bahu menghiburkan peminat dalam konsert kali ini.

“Ada banyak perancangan telah disusun untuk memberikan kelainan kepada Konsert Hype Republic. Selain menjanjikan persembahan bertenaga daripada mereka ada juga hadiah menarik yang akan diberikan kepada pembeli tiket.

“Kami memilih mereka berdasarkan pencapaian dan populariti semasa. Semua nama-nama yang ada dikenali oleh generasi baharu dan kita percaya gabungan ini mampu menarik lebih ramai peminat untuk hadir.

“Menariknya, kita juga akan memberikan potongan harga tiket sebanyak 20 peratus selama sebulan kepada peminat bermula 14 Jun ini,” kata Isa dalam satu sidang media yang berlangsung di Hotel St. Giles Boulovard baru-baru ini.

Maklumat Konsert:

Tarikh: 13 Disember 2025 (Sabtu)

Masa: 8.30 malam

Lokasi: Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil

Ikuti perkembangan terkini Hype Republic di media sosial:

Instagram & TikTok: @dmdiamond.official


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *