(HIBURAN) Konsert Ulangtahun TONTON Yang Pertama

Spread the love

Tahniah Galaksi Media Online (GMO) ucapkan kepada TONTON yang bakal meyambut ulang tahun pertama mereka. TONTON kini memiliki hampir 7 juta ahli dengan penambahan 18,000 ahli baharu setiap minggu malah mencapai 1.5 juta muat turun di iOS dan Android dengan kadar peningkatan 25% setiap bulan.

Untuk maklumat pembaca, pengguna TONTON sudah menstrim kandungan-kandungan di TONTON berjumlah 8,240,556 jam dalam masa setahun sejak Tonton diperkenalkan.Dengan peningkatan kandungan melebihi 29,000 jam filem, drama, catch-up, acara-acara eksklusif siaran langsung dan saluran-saluran premium dengan 200 jam dimuat naik setiap minggu, tidak mustahil angka ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

TONTON yang merupakan pembekal servis penstriman terbesar tempatan dan pertama di Malaysia telah meningkatkan  penawaran katalog-katalognya dengan 30 drama bersiri diterbitkan oleh Media Prima & TONTON, di mana 10 drama akan ditayangkan 6 bulan terlebih awal sebelum di kaca televisyen dan acara-acara ekskusif seperti bola sepak, konsert, rancangan realiti dan sebagainya disiarkan secara langsung dalam 125 Definisi Tinggi (HD).

Bercakap mengenai konsert, TONTON bakal mengadakan konsert besar-besar sempena ulang tahun pertama mereka untuk meraikan para pengguna tonton vip, pada 22 April ini (Sabtu) bertempat di The Curve, Mutiara Damansara pada jam 10 pagi hingga 10 malam. Antara artis-artis yang terlibat antaranya  Elecoldxhot, Sufian Suhaimi, Kaka Azraff, Wany Hasrita, Ning Baizura, Bunkface, Ara Johari, Azlan & The Typewriter, Forteen, Juzzthin & ABON, Dr. Soo Wincci , Orange Tan, Jieying Tha, Sofia Merican, Alvin Chong dan Waris.

Pelbagai aktiviti menarik juga akan disediakan termasuklah memperkenalkan kandungan terbaharu TONTON, street bazaar, pemainan menarik, sesi ramah mesra bersama selebriti terkenal termasuklah dengan Ratu dan Duta baru TONTON iaitu Dato Seri Vida di samping duta-duta baru TONTON yang terdiri daripada Ayda Jebat, Redza Rosli serta pasangan duo Mandopop, Thomas.Jack  (Thoma Kok dan Jack Tan) bagi kandungan berbahasa Cina.

#konsertjomtonton, #jomtonton ,#tontonMacamVIP


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *